The Followers..!!

Friday, February 3, 2012

-Memories in UiTM Perlis-

Assalamualaikum...
Selamat Pagi - Sapa baca waktu pagi..
Selamat Tengahari - Sapa baca waktu tengahari..
Selamat Petang - Sapa baca waktu petang..
Selamat Malam - Sapa baca waktu malam..

Ai.. Berapa banyak selamat da...

Hari ini Jumaat 3 February 2012... Pejam mata celik mata dah Jumaat... 3hb February plak tu... sat ja noh...

Sedang aku memerhatikan blog ini.. Aku terdengar lagu Sungai Lui oleh Aizat.. Seperti apa yang telah aku poskan di dinding Facebook aku, aku merasakan bahawa lagu ini telah membawa aku kepada suasana ketika berada di Perlis. Entah kenapa dan mengapa. Aku merasa rindu kepada suasana di sana.



Aku telah setahun lebih meninggalkan UiTM Perlis iaitu tempat aku menimba ilmu dunia, akhirat, pengalaman dan sebagainya  selama 5.5 tahun yang lalu. Tempat yang merupakan satu kenangan terindah dalam diari hidupku. Kawasan yang aman, tenang dan penuh dengan gelak tawa riang rakan seperjuangan serta rakan sepermusuhan..

Kalaulah aku diberi peluang untuk mengundurkan masa. Aku pasti ingin kembali ke zaman menuntut ilmu itu. Dengan bermusimkan 4 musim iaitu Musim Panas Terik - Blan 1 - 3 (sampai rumput jadi kuning).. Musim Hujan - Blan 10 - 12 (sampai banjir berulang kali).. Musim berangin sejuk - Blan 12 (sampai terbang abis pakaian di ampaian) dan Musim terakhir iaitu Musim Salji Hitam - Blan Taktau (Ikut masa tebu dibakar)..

Seingat aku Arau telah difemeskan oleh Keluarga OC dengan panggilan Araustralia di Perthlis.. bkan Perth Australia.. Ketika waktu itu OC berniat untuk mengurangkan rasa "citysick" orang bandar masuk kampung.. Selain itu juga ada yang menyelitkan bahawa ARAU : CITY OF ENTERTAINING.. Kenapa dan mengapa.. hanya orang yang tertentu dapat merasakannya..

Kalau bleh nak je aku menceritakan lagi tentang zaman aku berada di UiTM Perlis. Itu pun kalau ada yang nak baca. Kalau ada 5 permintaan. Aku akan tunaikan. Tp jika tiada. Mungkin aku hanya perlu simpan didalam memori aku sahaja.

Hope to hear from you..!!

Sekian..!!

3 comments:

  1. Aku teringat rasyaik terjatuh di arau...wawawawa

    ReplyDelete
  2. Aku teringat pojie menari paranawey kat tengah jalan di UiTm Shah Alam...

    ReplyDelete
  3. you guys are great..part of my great memories in ARAU..take care! wish u all the best!

    ReplyDelete

Kalau Dah Bace Tu Ape Lagi... Komen La.!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...