The Followers..!!

Thursday, August 25, 2011

Idolaku Sewaktu di Universiti.!!



Assalamualaikum...!!!
Salam Hormat...!!!
Salam Sejahtera...!!!
Salam Ramadhan Al-Mubarak...!!!
Salam Selamat Hari Raya..!!!

Hari ini aku ingin berbicara tentang idolaku sewaktu di Universiti. Kenapa ingin ku perkatakan tentang itu kerana dari idolaku inilah aku mendapat ilham dan menjadi seseorang seperti sekarang.

Pada ketika di Universiti, aku tidak mempunyai seorang sahaja IDOL. Tetapi banyak. Akanku perjelaskan satu demi satu tentang Idolaku tentang mengapa dia dipilih dan apa jasanya yang dilakukan kepada universiti.

  • Idolaku dalam Akademik
Nama beliau terpaksa dirahsiakan kerana mungkin apa yang aku sebutkan ini akan menyinggung perasaannya. Orang yang dimaksudkan adalah mempunyai ciri yang selalu failed dan repeat paper. Tetapi beliau akhirnya lulus dan mendapat segulung diploma mahupun Ijazah. Aku menjadikan beliau sebagai Idola dalam akademik
kerana ketabahan beliau, kesungguhan beliau dan keiltizaman beliau dalam mendapatkan diploma. Aku memilih beliau kerana aku lihat kuat sedangkan beliau tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan masih boleh memiliki diploma sedangkan aku yang cemerlang sedikit merasakan kepayahan. Oleh itu, aku cuba menggunakan daya kerjaku, fikiranku, inovasiku dalam mencapai lebih dari apa yang beliau capai. Bkan aku melihat cara beliau belajar tp aku melihat cara beliau menangani tekanan akademik. Perkara inilah yang telah membuatkan ku melakar kejayaan sehingga memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Rujuk link Kejayaanku ini.

  • Idola dalam Sukan
Idola ku dalam sukan ialah sipulan bin sipulan (lupa nama da.) Kali ini aku menjadikan beliau sebagai idola adalah kerana keazaman beliau dalam ingin bersukan. Beliau bukanlah atlet mahupun memiliki stamina yang kuat. Beliau juga tidak mewakili mana2 kumpulan tetapi beliau sentiasa ingin mencuba. Beliau berusaha untuk menguatkan diri dan cuba untuk mencabar orang yang lebih kuat sedangkan beliau tahu kemampuan beliau hanyalah kecil. Semangat ini lah aku jadikan idolaku. Berdasarkan beliaulah aku mencuba pelbagai sukan yang boleh diceburi bagi memberikan aku satu pengalaman. Disitulah aku pelajari semangat sepasukan. Aku berpengalaman dalam menjadi pasukan kalah, kalah dan terus kalah. Kadang-kadang je menang. Tak mengapa bagi diriku kerana aku puas dalam mendapat peluang untuk bersukan.

  • Idola dalam Pengurusan (Management)
Kali ini terus terang aku menyatakan bahawa idola pengurusan terbaik bagi aku datangnya dari En Zailuddin Ariffin. Seorang pensyarah Kimia yang begitu dikagumi. Aku sempat berkhidmat dengan beliau dan bersama beliau sewaktu diriku menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Pembantu Minggu Mesra Siswa. Memang kadang2 keputusan yang dilakukannya agak tidak disenangi tetapi kalau diikutkan ada kebaikannya. Tegas dan berani dalam melaksanakan sesuatu perkara. Walaupun beliau tidak menjadi FEVERET dalam semua orang tp kita kena ingat, Semua yang dirancang berjalan lancar dan menjadi satu contoh bagi semua orang. Bak kata Ahli perniagaan, "U will be a good leader when everyone dont like u". Oleh sebab itulah aku cuba menjadi seperti beliau. Tp sampai sekarang aku masih gagal. Alhamdulillah waktu aku kerja pun aku dapat bos sebiji macam beliau. Executor punya style. Kalau diorang nak sesuatu, pasti ia akan dilakukan.
  • Idola dalam Komander
Idola aku yang ni tak lain tak bukan Mohd Yassir Bin Kamil. Seorang yang sama batch denganku tetapi memiliki perwatakan yang hebat. Beliau cemerlang dalam akademik dan juga cemerlang dalam Kokurikulum iaitu KOMANDER KESATRIA. Beliau adalah merupakan Komander Kanan (Ketua segala komander) di UiTM Perlis pada ketika itu. Aku pernah berkhidmat dibawah rejim beliau. Sungguh terbuka dan menarik cara pengurusan beliau. Aku cuba untuk menyaingi beliau dalam cara2 lain tp masih gagal. Akhirnya aku bekerjasama dengan beliau. Aku memang berbangga mempunyai Idola seperti beliau.


Ni la serba sedikit tentang Idolaku di Universiti iaitu UiTM Perlis. Apa kata kalian pembaca sama2 menulis tentang idola dirimu dan berkongsi di blog ini. Kita lihat sama-sama idola yang kita sanjungi dan juga idola yang kita ingin cabar untuk menjadi lebih hebat dari idola kita.

Sekian, Terima Kasih..!!

RAPLA JINGGA BLEYH..!!

Wednesday, August 24, 2011

Balik Kampung.. Edisi Raya la Pulak..!!

Balik kampung???
Bila??? Kat mana?? Dengan apa??? Dengan Siapa???



Persoalan itu timbul apabila nak raya. Di saat ini sudah ada yang balik raya dah. Apa bleh wat. Disini aku cuma nak pesan kepada diri aku dan rakan2 tentang tatacara nak balik raya secara aman dan selamat...

1. Beli tiket bas, keretapi, kapal terbang, basikal, motosikal dan sewaktu dengannya awal2 dan pilih kenderaan yang cun dan comel.. Hahaha.. Sapa takdak tiket, cari alternatif lain.. sapa ada tiket lebih.. jual la kat member... kesian... Dont buy from ulat tiket... U know what will happen right..!! its your call.!!

2. Sapa naik kenderaan sendiri - pastikan kenderaan anda diservis tip top.. kasi mantap beb.. cuci kasi kilat bagi nampak muka balik... balik raya nanti.. leh tunjuk kat awek cun... (yg dah ada awek tak leh tunjuk.. nanti kena pang!!).. Servis dengan balang oliginal.. Dont save budget but save ur life..!!

3. Jangan bawa laju2 sangat.. stakat 150 - 160km/j tu okey la.. Hahahaha.. ingat orang tersayang.. yang berada dirumah, direban, dikandang mahupun dimana ia berada... Bawa tu berpada2... ikut pada tempat.. jalan kampung bawa la slow.. highway tu okey la gak.. so.. dont drink and drive kay..!!

4. Baca doa sebelum memulakan perjalanan.. Jangan tau doa cepat kaya ja.. doa keselamatan itu penting.. tak kira naik kenderaan awam ataupun kenderaan peribadi... BACA DOA..!! Moga Allah permudahkan perjalanan kita hendaknya..!! InsyaAllah..!!

5. Sapa naik kenderaan awam.. Habaq semua orang kampung, orang daerah, satu mukim yang ampa dah nak balik.. Baru meriah.. orang sambut ngan pelita, tombak, panah.. Hahahaha.. Yang penting family la.. At least diorang tahu korang dah nak balik.. Bagitau tarikh.. bila naik kenderaan awam tu.. bila agak2 sampai..

6. Sewaktu perjalanan, jangan duk drive sampai 25 jam tanpa henti.. punya la banyak tempat rehat.. berhenti la sat.. tak lama mana pun.. 30 minit memadai... Kalau malam.. leh la makan... tibai nescafe tarik panas2.. kopi ka.. cicah ngan roti.. ermm.. sedap... tp kalau siang.. jangan duk wat pasai.. kang pang..!! kena ngan orang tersayang.. hahahaha...

7. Jalan akan selalu jem.. (bkan jem cicah roti) tp traffic jam.. Sebab semua nak balik raya.. Terutama Highway PLUS, jalan ke KELANTAN... paham2 la.. semua nak balik.. tp mau sabaq.. blan posa kena sabaq.. bawa bertendang.. hiburkan diri anda dengan dendangan lagu raya... Jangan menangis plak.. kang orang lain tgk pe hal plak dia nih...

8. Sentiasa sediakan duit lebih dalam poket.. bkan apa.. kita tak tau apa akan jadi.. mungkin kita akan perlukan duit itu nanti.. takyah la bawak cek.. mampuih orang lain nak cheque in nanti.. bawa duit pun tak perlu sampai RM5,000.. ala2 kadar ja..

9. Pack barang sebelum gerak.. pack cukup2.. wat list betul2 sebelum nak balik raya.. kang tertinggal nu.. tertinggal ni.. tak sronok nak raya.. kalau bleh... sediakan sehari awal.. baru layan feel nak raya... haahha... Dan sapa yang dah ada anak pinak... dalam list tu jangan lupa anak.. kang nanti semua bawa balik.. tp anak tertinggal baik punya kat rumah.. hahaha...

Tu la serba sedikit pasal tatatertib balik raya yang bleh dikongsi, diteladani dan ditelan beramai2.. semoga semua perjalanan pergi dan pulang selamat hendaknya...
Kirim salam kat family semua ye apabila dah sampai.. Cakap Abg Comey Rasyaik kim salam.. (jangan muntah na..!!)

Sapa2 agak2 duk plan nak raya.. mai la rumah aku.. Tgk post aku tahun lepas di Rumahku Syurgaku Edisi Raya la Plak

Setakat itu sahaja.. Taking Care.. Always look beautiful kay..!! Senyum Sokmo..
Assalamualaikum..!!


Copy from above link.!!

Tuesday, August 16, 2011

Puasa, Puasa & Puasa


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..

Selamat Pagi kepada pembaca yang baca pagi..
Selamat Tengahari kepada pembaca yang baca tengahari..
Selamat Petang kepada pembaca yang baca petang dan malam..

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENGTOPUP IBADAH ANDA

Saja nak menulis.. gatai tangan plak.. Sebab nakal blan posa kut.. hahaha... Nih nak habaq la.. 2 minggu sudah berlalu... kejap je.. pejam
celik pejam celik.. toinggg... 2 minggu dah... hahaha..
Tinggal lagi 2 minggu nak puasa... adoih.. kejap plak masa berlalu.. tensen tul..


Blan Ramadhan kali ini aku pelik skit.. tak tau pasaipa 2 minggu berturut2 aku balik penang.. huhuhu.. Bkannya dekat.. jauh tu... Dari Lembah Beringin Ke Penang.. Dalam standard kereta/moto 4 jam perjalanan.. hahaha...

Minggu 1st tu okeyla.. sbb nak berbuka puasa ngan family.. heppy giler.. hehehe.. ye lakan.. ngan family.. itu lagi penting.. Pastu minggu ke2 pun aku balik.. sahur ngan family.. pastu trus gi UiTM Perlis.. <-- Member aku cakap baik aku kawin ja ngan orang sana.. asyik gi perlis memanjang.. gila toi.. Hahaha..

Aku bkan apa.. aku cuma rindu ngan suasana berbuka di Perlis. sbb tu aku ajak En Izwan and the geng berbuka kat sana.. Alhamdulillah.. impian aku dipermudahkan Allah... aku dapat gak berbuka puasa kat sana.. Dia blanja makan Secret Recipe.. hehehe.. Sedap.. Free lagi kan.. memang sedap...


Bulan puasa ni kita kena banyakkan sabar la... Harga
makanan memang melampau naik.. Kita kena terima seadanya.. Sbb diorang (Peniaga) ni pun nak ambil kesempatan untuk berniaga untung. Bkan apa.. diorang gak leh beraya nanti.. Anggap ja macam kita bersedekah kat diorang.. Sedekah kan amalan mulia.. terutama blan Posa nih..

Banyak yang cakap bulan posa ni membentuk kita.. tp kita tak sedar yang kita hanya lakukan dia pada blan Ramadhan ja.. blan lain kita tak lakukannya.. alangkah ruginya... kan best kalau kita dapat laksanakan terus.. tp tu la.. aku tegur kat diri aku gak.. hahahaha...

PERLIS ooo PERLIS.. hehehe.. sori la.. aku tak gitau semua orang aku gi UiTM Perlis minggu lepas.. bkan apa.. maleh.. nanti semua banyak tanya.. aku nak pi pun sekadar untuk berjumpa member2 yang lama terpisah... antaranya MAT KENG, FAYAD, SEAH, BUNCHO, ZAID, EN IZWAN dan lain2.. ramai kalau nak sebut.. SEAH tu spesel skit.. hahaha.. tetttt..!!!
Aku suka buka posa ramai2.. tp kadang2 aku kena terima hakikat.. aku di Perantauan... berbuka

puasa sorang2 tu amalan biasa.. aku kena tabah dan senyum.. sbb tu aku semangat gi jumpa member aku.. walaupun aku terpaksa penat, lelah, jauh, tak larat.. aku kena tempuh semua.. huhu.. Cuba fikir... 4 jam dari LB - PENANG.. Pastu 2 jam 30 minit lagi dari PENANG - ARAU.. Esok tu balik plak... macam tula.. tp semangat tu lagi penting... Hehehe...

Hmmm.. hehehe.. Sekadar berkongsi apa yang aku lalui dalam 2 minggu.. Hehehe.. thats all.. Berjumpa lagi ye...


Monday, August 1, 2011

Boolllaannn Puuuaassaa..!!!

Oooohhhh... Bulan Puasa...
Cepatnye Engkau Datang...
Tak Sempat aku nak posa sunat banyak2...

Aku teringat time KENAKALAN Aku di UiTM Perlis.. Time bulan Posa.. Hihihi... Antaranya..

1. Main Mercun. Kat Pulai banyak kali time Pt 1 Diploma dan Jati sekali time Pt8 Degree.. Pembuka dan penutup.. Kat Pulai banyak kali main.. Tak kantoi beb.. Tp Jati sekali ja aku baling.. Teroih Kantoi..!! Cikgu Salehuddin tangkap aku... Tp Hasil rundingan damai.. Aku slamat. Malu Beb..!!

2. Sambut Birthday Rakan2. Bkan bagi Kek.. Tapi bagi kenangan yg tak leh lupakan.. Prank la citanya.. balun sampai tak sudah..!! Refer Entry Ini.! Memang Merapu Giler ar.. Kesian sape yang terkena.. Redha Ja la kan.!

3. Pau orang makan..!! Biasa la time buka posa duk wat bek ngan orang.. Pastu wat ayat skit dapat la aku makan free.. Hihihihi.. Terok kan. Tp janji makan Free.. Ape aku kisah.!! (En Izwan jgn lupe ye blanje Secret Recipe Tahun Nih)..!!

4. Lawan Game Bola (FIFA 2008 paling kaw) ngan Roomate. Kalau stakat lawan je takpe.. Masalahnya kami menyumbangkan suara penyokong sampai satu Kolej dengar.. Sampai RS datang bagi Hadiah la.. Hihihi..

5. Gerak orang bangun Sahur. Macam baik. Tp yang tak baiknye cara gerak tu. Dengan percik air. Dengan Main kaki orang. Ketuk pintu sampai pecah.. Pastu menjerit kat telinga orang..

6. Kacau orang study pas terawih.. Kalau stakat kacau ajak men game pe barang.. Kacau dengan pakai kain putih pastu g jenguk kut tingkap kat bilik member.. Ape yang korang fikirkan kalau aku wat camtu?? hihihih.. Hantu ler.. Mau tak menjerit.. Hilang 1000 ilmu dalam kepala..

7. Ni akibat aku nakal. Aku jadi mangsa. Mangsa kentut oleh MAT KENG dan IZNOOR.. tau depa wat camna.. depa mai bilik aku time sahur.. baguihnya duk sembang ngan aku.. pastu dia kentut kuat2.. bagi bau power.. pastu depa dua keluaq.. kunci dari luaq.. memang bangkai la rasa.. Sabo jela...

8. Yang kesiannya.. Aku ni semakin hujung hilang terawih.. Tahun lepas kat UiTM Dah la.. seminggu ja buka puasa kat bilik.. lagi 3 minggu kat luaq.. direct lak tu.. terok tui.. memang hilang punca.. tp tula.. tahun ni azam kena lebih la...

9. Memancing di petang hari.. Aku teringat time tu pas FESKEM yg tak jadi penutupnya akibat penyakit H1N1.. Program kami terpaksa dibatalkan.. Last2 hari pertama posa aku, heri, mat keng, karipap, yein g memancing kat tasik beringin.. banyak ikan keli dapat.. memang la dapat banyak 3hr sebelum tu kami dah lepaskan untuk pertandingan.. last2 kami yang tibai sendiri.. sapa suruh batal.. dah tu plak. dugaan Allah bagi hujan lebat dari pukul 5.00 ptg sampai buka posa.. kami memancing dalam hujan lebat.. best gila..!!

Hahaha.. ni la kenanganku.. Ada lagi nakal2 yang len.!! Stay Tuned.!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...