Salam.. Apa yang ingin disampaikan sini adalah mengenai pandanganku.. Tiada kene mengena dengan apa jua keadaan. Aku cakap mengikut pandanganku.. Sesiapa tak suka atau suka ikutlah kepada hati naluri sendiri.
Yup. Blog sana sini tulis benda nih. Paper sana sini tulis benda nih. Macam2 lagi tulis benda nih. Tak lain dan tak bukan "CLEAN" @ "BERSIH 2.0". Ade orang cakap kat aku diorang ni nak jadi CLEAN atau CLEANER. Ada orang cakap kat aku menyusahkan orang sana sini dan macam2..
APa yang aku ingin sampaikan adalah berdasarkan fakta. Mungkin tambahan sikit dari pandangan dan juga pemikiran. BERSIH adalah satu pertubuhan HARAM <- Haram sbb tak didaftarkan menjadi Halal. Kalau diorang hantar permohonan pun kompem tak lulus.
BERSIH adalah satu pertubuhan gabungan NGO yang inginkan pilihanraya yang telus dan penuh integriti. Tiada penipuan dan sebagainya. BERSIH menuntut agar Suruhanjaya Pilihanraya mengadakan pilihanraya Umum dengan lebih baik dan efektif. Setahu aku untuk kali ini mereka mempunyai 8 tuntutan, ada yang logik dan ada juga yang tidak logik tp tak mustahil.
Setelah lama mereka menuntut dari SPR, tetapi SPR tidak dapat menjawab kesemua tuntutan mereka kerana ia Pro Kerajaan <- Kata seorang Academician. Oleh itu, BERSIH cuba untuk menggunakan cara yang lain iaitu Mendemonstrasi bagi menunjukkan sokongan Rakyat terhadap Intergriti.
PARA CENDIAKAWAN & HEBAT VS KERAJAAN + POLIS
BERSIH ini diketuai oleh Ambiga iaitu bekas Ahli Peguam Negara. Bersih juga didokongi oleh Para Akademik, Para Cendiakawan dan juga Orang2 Hebat. Kenapa??? Mengapa??? Kerana mereka sudah bosan dengan Suasana Politik Malaysia yang penuh helah dan tiada amanah..
Akan tetapi, MALAYSIA adalah merupakan negara yang paling aman, harmoni dan selamat. Setelah sekian lama Malaysia telah mengekalkan suasana itu. Kenapa dan mengapa ia perlu diadakan demonstrasi??? Aku pernah dengar bahawa "tak larat dah BERSIH duk kejar SPR.. Depa wat dunno ja.. Bukan kami tak wat secara baik. Dah wat tp depa bolayan. La ni kami wat la cara Demonstrasi. Bkan kami nak guling kerajaan macam Mesir, cuma nak menunjukkan semangat menyokong keadilan.
Kejadian demonstrasi BERSIH pada sabtu tempoh hari telah menyebabkan kesesakan yang terlampau. Menyusahkan semua orang. Kedai habih tutup. Dan Ekonomi Malaysia jatuh buat seketika. Inilah akibat dari perbuatan Demonstrasi. Yang sesak sampai ke Shah Alam dan Tempat lain bkannya apa. Polis yang wat Road block. Tu je.
Aku rasa agak OK tuntutan BERSIH dalam mencari Keadilan. Cumanya kalau bleh takyah la wat sampai menyusahkan orang ramai. Seteruk2 mana pun kita adalah negara Demokrasi. Kita masih ada pelbagai cara. Ingatlah wahai orang2 hebat. Tak perlu Demonstrasi. Cari cara lain. Cara Keadilan melalui cara lain. Kita adalah negara membangun. Kita adalah serumpun. Kita adalah 1 Malaysia..
Dan.. Minta maaf Polis dan Kerajaan. Saya bukan nak menunjukkan kesalahan kamu. Tp setelah difikirkan dan dibicarakan oleh para cendiakawan. Saya mendapati yang menjadikan BERSIH 2.0 ni hebat adalah KERAJAAN DAN POLIS SENDIRI. Kerana apa??? Kerana desakan melalui media massa. melaui pelbagai Corong dan lorong untuk menunjukkan BERSIH ini kotor. Kononnya ada molotov Cocktail la parang la.. Asal tangkap mesti ada parang.. Come on la.. Korang yang telah MEMPROVOKASIKAN BERSIH kepada masyarakat menunjukkan Rakyat lagi menyampah..
AKU ADALAH MANUSIA... AKU MENYOKONG DASAR-DASAR MURNI KERAJAAN dan aku menyokong sepenuhnya KERAJAAN dalam menjadikan negara membangun seiring dengan negara-negara maju dengan Menjadikan semua sektor dalam negara hebat.. Syabas MALAYSIA.. SYABAS BARISAN NASIONAL DAN SYABAS UMNO...
Aku adalah penyokong Kuat UMNO.. Bkan penyokong pembangkang.. Maaf kalau buat korang keliru. Aku terus terang.. AKU SOKONG UMNO atas DASAR PERJUANGANNYA yang inginkan Melayu di tahap yang hebat dan seiring dengan semua bangsa. Aku sokong UMNO kerana DASARNYA menjaga kebajikan serta kekuatan bangsa Melayu. Aku menyokong UMNO kerana DASARNYA dalam Mempertahankan Agama Islam sebagai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN dan juga aku meyokong UMNO kerana DASARNYA mendaulatkan YANG DIPERTUAN AGONG sebagai Ketua NEGARA.
Aku boldkan DASAR kerana atas DASAR. Bukan aku sokong UMNO kerana politiknya. Bukan Kerana wangnya. Bukan kerana dasar kekeluargaan. Bukan kerana Kuasa miliknya. Bukan kerana harta dan pangkat.
Aku ada berbincang dengan rakan-rakan lepasan graduan universiti. Yang dah mendaftar sebagai pengundi sepertiku. Kami blur. Sbb. Siapa perlu kami mengundi??? Kalau nak sokong kerajaan, kami taknak sokong duit, rasuah, penipuan dan kekurangan integriti yang ada. Kalau nak sokong pembangkang, adakah Kerajaan baru mampu menjadi seperti Kerajaan Sekarang yang Hebat.. ataupun takkan kami nak menyerah Maruah MELAYU kalau undi pembangkang. RAMAI MAHASISWA KELIRU..
walaubagaimanapun. Ingin sekali aku menyatakan bahawa ini cuma pandanganku. Fakta sedikit. Pandangan dan pemikiranku yang banyak. Jangan Tangkap aku ye. Cuma kata2 aku sahaja.
AKU PENYOKONG PERJUANGAN UMNO TETAPI DIATAS PAGAR KETIKA MENGUNDI
Sekian. Terima KAsih...