The Followers..!!

Showing posts with label Idolaku. Show all posts
Showing posts with label Idolaku. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Idolaku Sewaktu di Universiti.!!



Assalamualaikum...!!!
Salam Hormat...!!!
Salam Sejahtera...!!!
Salam Ramadhan Al-Mubarak...!!!
Salam Selamat Hari Raya..!!!

Hari ini aku ingin berbicara tentang idolaku sewaktu di Universiti. Kenapa ingin ku perkatakan tentang itu kerana dari idolaku inilah aku mendapat ilham dan menjadi seseorang seperti sekarang.

Pada ketika di Universiti, aku tidak mempunyai seorang sahaja IDOL. Tetapi banyak. Akanku perjelaskan satu demi satu tentang Idolaku tentang mengapa dia dipilih dan apa jasanya yang dilakukan kepada universiti.

  • Idolaku dalam Akademik
Nama beliau terpaksa dirahsiakan kerana mungkin apa yang aku sebutkan ini akan menyinggung perasaannya. Orang yang dimaksudkan adalah mempunyai ciri yang selalu failed dan repeat paper. Tetapi beliau akhirnya lulus dan mendapat segulung diploma mahupun Ijazah. Aku menjadikan beliau sebagai Idola dalam akademik
kerana ketabahan beliau, kesungguhan beliau dan keiltizaman beliau dalam mendapatkan diploma. Aku memilih beliau kerana aku lihat kuat sedangkan beliau tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan masih boleh memiliki diploma sedangkan aku yang cemerlang sedikit merasakan kepayahan. Oleh itu, aku cuba menggunakan daya kerjaku, fikiranku, inovasiku dalam mencapai lebih dari apa yang beliau capai. Bkan aku melihat cara beliau belajar tp aku melihat cara beliau menangani tekanan akademik. Perkara inilah yang telah membuatkan ku melakar kejayaan sehingga memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Rujuk link Kejayaanku ini.

  • Idola dalam Sukan
Idola ku dalam sukan ialah sipulan bin sipulan (lupa nama da.) Kali ini aku menjadikan beliau sebagai idola adalah kerana keazaman beliau dalam ingin bersukan. Beliau bukanlah atlet mahupun memiliki stamina yang kuat. Beliau juga tidak mewakili mana2 kumpulan tetapi beliau sentiasa ingin mencuba. Beliau berusaha untuk menguatkan diri dan cuba untuk mencabar orang yang lebih kuat sedangkan beliau tahu kemampuan beliau hanyalah kecil. Semangat ini lah aku jadikan idolaku. Berdasarkan beliaulah aku mencuba pelbagai sukan yang boleh diceburi bagi memberikan aku satu pengalaman. Disitulah aku pelajari semangat sepasukan. Aku berpengalaman dalam menjadi pasukan kalah, kalah dan terus kalah. Kadang-kadang je menang. Tak mengapa bagi diriku kerana aku puas dalam mendapat peluang untuk bersukan.

  • Idola dalam Pengurusan (Management)
Kali ini terus terang aku menyatakan bahawa idola pengurusan terbaik bagi aku datangnya dari En Zailuddin Ariffin. Seorang pensyarah Kimia yang begitu dikagumi. Aku sempat berkhidmat dengan beliau dan bersama beliau sewaktu diriku menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Pembantu Minggu Mesra Siswa. Memang kadang2 keputusan yang dilakukannya agak tidak disenangi tetapi kalau diikutkan ada kebaikannya. Tegas dan berani dalam melaksanakan sesuatu perkara. Walaupun beliau tidak menjadi FEVERET dalam semua orang tp kita kena ingat, Semua yang dirancang berjalan lancar dan menjadi satu contoh bagi semua orang. Bak kata Ahli perniagaan, "U will be a good leader when everyone dont like u". Oleh sebab itulah aku cuba menjadi seperti beliau. Tp sampai sekarang aku masih gagal. Alhamdulillah waktu aku kerja pun aku dapat bos sebiji macam beliau. Executor punya style. Kalau diorang nak sesuatu, pasti ia akan dilakukan.
  • Idola dalam Komander
Idola aku yang ni tak lain tak bukan Mohd Yassir Bin Kamil. Seorang yang sama batch denganku tetapi memiliki perwatakan yang hebat. Beliau cemerlang dalam akademik dan juga cemerlang dalam Kokurikulum iaitu KOMANDER KESATRIA. Beliau adalah merupakan Komander Kanan (Ketua segala komander) di UiTM Perlis pada ketika itu. Aku pernah berkhidmat dibawah rejim beliau. Sungguh terbuka dan menarik cara pengurusan beliau. Aku cuba untuk menyaingi beliau dalam cara2 lain tp masih gagal. Akhirnya aku bekerjasama dengan beliau. Aku memang berbangga mempunyai Idola seperti beliau.


Ni la serba sedikit tentang Idolaku di Universiti iaitu UiTM Perlis. Apa kata kalian pembaca sama2 menulis tentang idola dirimu dan berkongsi di blog ini. Kita lihat sama-sama idola yang kita sanjungi dan juga idola yang kita ingin cabar untuk menjadi lebih hebat dari idola kita.

Sekian, Terima Kasih..!!

RAPLA JINGGA BLEYH..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...