Pe kabo semua.. kembali aku pada hari ini... setelah seming
gu bercuti di UiTM Perlis bagi meraikan Majlis Konvokesyenku yang kali kedua.. (Pertama time diploma)...
Alhamdulillah... after 2 and half years.. i have made it... Susah payah... penat lelah... sakit badan.. sakit keringat.. sakit otak, mental, emosi dan macam2 dalam
mencapai title degree holder...
It is not an easy task.. but by hook or by crook... i have made it... Dulu.. time lepas result SPM... aku tak penah terfikir nak dapat ijazah ni pun.. Ijajah pun bum tentu.. tp ni la ketentuan Allah... Akhirnya dapat gak...
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu menyiapkan assignment.. study same2... dan macam2 lagi.. korang la pemberi semangat kepadaku... Thanks everyone...
Not to forget my lecturers... Their given me their knowledge, help, guide me... aah... i dont know how to 'balas' them for all the things they given to me... Appreciate sgt... hehehe...
Not to forget... my love... Abah and Mak... yg bersusah payah memberi semangat..
didikan awal yang cukup bermakna...!! Thanks all..!! I have achieved beyond my imagination...
Terkezut gak.. dapat result keseluruhan CGPA 3.66... tak sangka dapat First Class..!! huhu.. macam nak nangis... walaupun tak dapat ANC sbb last sem dapat 3.47.. (Skit je lagi)... tp still syukur.. Allah tahu apa baik buruknya.. Terima sahaja...
Bagi adik2ku yang masih berjuang... Teruskan semangatmu.. jangan putus asa.. ingat harapan Ibu bapa, Saudara mara, Rakan, Guru dan semua.. Aku pun bkan org pandai... dapat SPM 3A ja pun.. tp berkat usaha la yang merubah cara hidupku..!! thanks everyone...!!
Hmmm... Pada pagi kelmarin... Sedang tgk tv sebelum gi kerja... Tgk Tv3. MHI...
Tajuknye Hari Ibu.... Aku tetibe sebak... Sedih... Dan Rasa rindu kepada ibu ku..
Disini aku nak kongsi satu kisah kepada korang... Mungkin ia akan memberikan satu pengajaran yang paling baik untuk setiap orang...
" Zaman skolah dulu aku ni jahat sangat... aku ni kejam... aku ni kurang ajar... Aku geng moto... aku geng jahat... Aku kisah ape.. itu care aku.. aku suke ngan care ni... KOrang tak puas ati korang gi mampus la...
Aku suke lepak malam2 sampai pagi.. pegi sane.. pegi sini.. tgk orang race moto... aku pun race moto.. Aku tak hairan langsung kepada semua.. hahaha... itu lah aku...
Aku tak suke orang sibuk hal aku... nak ambil tahu hal aku... family aku pun ingat aku heran...
Akulah diri aku...
Aku tak suke mak aku asyik tanye aku kemana aku pergi. buat ape. Aku minta ape2pun bagi je la. Yang banyak bising kenape ntah. Aku menyampah gile. Aku suke melawan cakap mak aku. yelah.. asyik kacau aku. Aku penah cakap Woi kat mak aku.. aku penah cakap gile kat mak aku.. Aku sendiri penah tunjuk tumbuk depan mak aku. Aku geram. aku lempias kat mak aku.
Tetapi. Allah itu Maha Adil. Pada suatu hari. Sedang aku bawa moto menuju untuk main hoki. Aku ditimpa eksiden. Tangan aku sebelah kanan patah. Luka di tangan kanan aku ada garisan belah macam kena hiris pisau. Aku sakit. aku berlari menuju ke rumah. Disitulah, seorang ibu memberikan aku nyawa. Dia menjaga aku walaupun aku marah. Walaupun aku meluat. Disitulah, ibuku memberikan cahaya. Aku dijaga macam anak emasnya.
Ketika itu, hatiku pilu. Mengenangkan saat-saat aku menunjukkan tumbukku kepada ibu. Disaat aku melawan cakap ibu. Disaat aku menganggapnya begitu hina sedangkan dia menganggapku seperti harapan.
Setelah sekian lama. Aku diuji lagi oleh tuhan. Aku menempuh lagi kemalangan. Kaki ku sebelah kiri patah. Aku dalam kesakitan. Ketika ibuku mendapat maklumat tentang perkara ini. Ibuku menangis serta merta. Ketika itu, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya seorang ibu menanggung kesedihan. Air mata yang menitik membuat aku jatuh dan lemah. Ibuku menjaga ku dari hari itu. Mengajarku kembali ke jalan yang benar.
Alhamdulillah. Tuhan telah menyelamatkan aku dan memberiku peluang untuk hidup seperti biasa. Selepas kejadian yang besar ini. Hatiku mula sedar. Aku mula mencari ibuku. Seorang yang menjagaku ketika kecil sampai besar. Menanggung keperitan ketika mengandungkan aku. Memberi makan minum, menjaga kesihatan. Tidak pernah mengadu, tidak pernah kecewa. Malah menaruh harapan yang tinggi kepadaku.
Aku sedar. Aku berdoa kepada Allah. Aku mohon agar ibuku diberi kebahagian, kerahmatan dan keredhaanMu ya Allah. Kerana ketika itu, aku tak mampu lagi melihat ibuku nangis. Aku turut akan nangis. Aku tahu tak semua yang masih ada ibu. ada tempat untuk mengadu. Aku bersyukur kerana masih ada. Aku bersyukur kerana Engkau memberikan anugerah terindah buat ku... Iaitu Ibuku.
Sehingga hari ini. Aku tidak lagi melawan cakap ibuku. Malah, aku turut kehendak Ibuku. Kerana syurga itu ditapak kaki ibu. Oh Ibu. Ampunilah daku. Sesungguhnya, aku ini adalah orang yang lemah."
Berdasarkan cerita ini. Aku harap korang semua ambil iktibar. Tak semua Allah bagi petunjuk. Kita tak sedar kadang2 kita melawan cakap ibu. Kita herdik dia. Kita ignore dia. Janganlah. Janganlah berbuat demikian, Kerana kita takkan dapat lagi ibu seperti itu. Jagalah ibu kalian jika masih ada. Sayangilah ibu kalian. Ibu yang mengandungkan kita hanya seorang..!!!
Bahgiakan mereka hingga ke hujung usia.. Hingga sampai waktu ajalnya...
Terima kasih mak. I love U so much. SELAMAT HARI IBU..!!!