The Followers..!!

Showing posts with label UiTM Perlis. Show all posts
Showing posts with label UiTM Perlis. Show all posts

Friday, February 3, 2012

-Memories in UiTM Perlis-

Assalamualaikum...
Selamat Pagi - Sapa baca waktu pagi..
Selamat Tengahari - Sapa baca waktu tengahari..
Selamat Petang - Sapa baca waktu petang..
Selamat Malam - Sapa baca waktu malam..

Ai.. Berapa banyak selamat da...

Hari ini Jumaat 3 February 2012... Pejam mata celik mata dah Jumaat... 3hb February plak tu... sat ja noh...

Sedang aku memerhatikan blog ini.. Aku terdengar lagu Sungai Lui oleh Aizat.. Seperti apa yang telah aku poskan di dinding Facebook aku, aku merasakan bahawa lagu ini telah membawa aku kepada suasana ketika berada di Perlis. Entah kenapa dan mengapa. Aku merasa rindu kepada suasana di sana.



Aku telah setahun lebih meninggalkan UiTM Perlis iaitu tempat aku menimba ilmu dunia, akhirat, pengalaman dan sebagainya  selama 5.5 tahun yang lalu. Tempat yang merupakan satu kenangan terindah dalam diari hidupku. Kawasan yang aman, tenang dan penuh dengan gelak tawa riang rakan seperjuangan serta rakan sepermusuhan..

Kalaulah aku diberi peluang untuk mengundurkan masa. Aku pasti ingin kembali ke zaman menuntut ilmu itu. Dengan bermusimkan 4 musim iaitu Musim Panas Terik - Blan 1 - 3 (sampai rumput jadi kuning).. Musim Hujan - Blan 10 - 12 (sampai banjir berulang kali).. Musim berangin sejuk - Blan 12 (sampai terbang abis pakaian di ampaian) dan Musim terakhir iaitu Musim Salji Hitam - Blan Taktau (Ikut masa tebu dibakar)..

Seingat aku Arau telah difemeskan oleh Keluarga OC dengan panggilan Araustralia di Perthlis.. bkan Perth Australia.. Ketika waktu itu OC berniat untuk mengurangkan rasa "citysick" orang bandar masuk kampung.. Selain itu juga ada yang menyelitkan bahawa ARAU : CITY OF ENTERTAINING.. Kenapa dan mengapa.. hanya orang yang tertentu dapat merasakannya..

Kalau bleh nak je aku menceritakan lagi tentang zaman aku berada di UiTM Perlis. Itu pun kalau ada yang nak baca. Kalau ada 5 permintaan. Aku akan tunaikan. Tp jika tiada. Mungkin aku hanya perlu simpan didalam memori aku sahaja.

Hope to hear from you..!!

Sekian..!!

Monday, September 12, 2011

Hujan & Banjir Di Arau..

Salam...
Aku rasa dah penah aku post pasal hujan dan banjir kat Arau ni..

Kesian pun ada. Terharu pun ada. Nak tergelak pun ada. Banjir la katakan..

Cukup la 2 kali pengalaman banjir dari Arau.. Aku cuma nak bt sedikit info yang leh tolong junior2 bile banjir.. Tu pun kalau UiTM Perlis takde air...

Ni ikut pengalaman aku sepanjang karier kat sana la..

1. Jangan duk wat brani nak redah air guna moto atau kreta.. Kalau agak2 kaya nak repair kenderaan tu. Sila la masuk.. leh jadi submarine.. Hahahaha... Pas sangkut.. tolak la sendiri..

2. Beli/simpan/curi air paip/masak sebanyak yang bleh dan simpan dalam bilik. Jangan simpan dalam bilik air. kompem orang kebas.. Bkan apa.. Setakat tak mandi takdak masalah.. tp kalau nak uhuk2.. kes naya beb..

3. Jadi pemancing ketegar.. G memancing.. jangan bawa joran mancing ja.. pa barang.. time2 ni orang bawa jala truih.. baru best.. nampak style... hahahaha...

4. Nak larang tak leh.. tp aku tau.. kompem mesti ada yang nak mandi, redah, menyelam ngan air banjir tu.. Sila la.. pastu jangan lupa mandi air biasa balik.. kang dapat penyakit macam2.. ramai2 pi UK.. Kasi bangunan tu roboh.. Jangan lupa noh..

5. DUIT di ATM... pi ambil sebanyak yang bleh.. sbb aftermath selepas banjir amat menyakitkan hati.. Cuba bayang.. ada 20 sen.. nak pi ATM.. kena beratur panjang.. sampai 3 jam.. duk ja dpn ATM tu tertulis "Duit Dah Abih, Padan Muka Ang".. Mau gila jadinya.. Zaman aku diploma dulu takpala makanan mkn kt dining.. kompem ada.. tp skarang semua kna beli..

6. Jangan duk pakai perfume banyak sampai berlebihan.. Orang leh tau ampa tak mandi p klas.. pakai biasa2 dah la.. ala2 kadar.. janji busuk tak mandi tu leh cover cukup la.. hehehe...

7. Selalunya HEP ni baik hati.. ada ja bantuan makanan sampai.. Hehehe. Apa kata kalau ampa tunggu announcement dari MPP.. hehehe.. Leh dapat makanan free..hahaha.. Wat muka tak malu dah la... Aritu dapat duit Raya sorang RM10 kan.. so tunggu ja..

8. Kalau bleh bagi aku.. Ampa toksah duk balik rumah.. Memang la rumah ada segalanya dan yang penting TAK BANJIR.. tp masalahnya plak.. Final tak lama dah.. takut ampa leh balik.. tp nak mai balik tak bleh.. itu masalah besq tu.. Takkan nak extend sbb banjir weh.. Jangan jadi sakai..

9. Sentiasa study.. dan jangan jadikan alasan banjir tak leh study.. jangan jadi mamat yang tulis blog ni.. wat ayat sedih jumpa lecturer.. last2 lecturer tu gelakkan dia ja.. padan muka.. hahaha..


Cukup la kot 9 benda nih.. lebih2 bkan korang nak baca.. tgk pun tak... Apa2pun aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

1. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

2. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN SELAMAT HARI MALAYSIA

3. SELAMAT MENEMPUH UJIAN PEPERIKSAAN AKHIR (FINAL) PADA SEMUA PELAJAR UiTM. SEMOGA MEMPEROLEHI KEPUTUSAN CEMERLANG. INSYAALLAH..

p/s : - tips aku blajar leh tgk nih http://rasyaik.blogspot.com/2010/10/pengisytiharan-perang.html

Thursday, August 25, 2011

Idolaku Sewaktu di Universiti.!!



Assalamualaikum...!!!
Salam Hormat...!!!
Salam Sejahtera...!!!
Salam Ramadhan Al-Mubarak...!!!
Salam Selamat Hari Raya..!!!

Hari ini aku ingin berbicara tentang idolaku sewaktu di Universiti. Kenapa ingin ku perkatakan tentang itu kerana dari idolaku inilah aku mendapat ilham dan menjadi seseorang seperti sekarang.

Pada ketika di Universiti, aku tidak mempunyai seorang sahaja IDOL. Tetapi banyak. Akanku perjelaskan satu demi satu tentang Idolaku tentang mengapa dia dipilih dan apa jasanya yang dilakukan kepada universiti.

  • Idolaku dalam Akademik
Nama beliau terpaksa dirahsiakan kerana mungkin apa yang aku sebutkan ini akan menyinggung perasaannya. Orang yang dimaksudkan adalah mempunyai ciri yang selalu failed dan repeat paper. Tetapi beliau akhirnya lulus dan mendapat segulung diploma mahupun Ijazah. Aku menjadikan beliau sebagai Idola dalam akademik
kerana ketabahan beliau, kesungguhan beliau dan keiltizaman beliau dalam mendapatkan diploma. Aku memilih beliau kerana aku lihat kuat sedangkan beliau tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan masih boleh memiliki diploma sedangkan aku yang cemerlang sedikit merasakan kepayahan. Oleh itu, aku cuba menggunakan daya kerjaku, fikiranku, inovasiku dalam mencapai lebih dari apa yang beliau capai. Bkan aku melihat cara beliau belajar tp aku melihat cara beliau menangani tekanan akademik. Perkara inilah yang telah membuatkan ku melakar kejayaan sehingga memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Rujuk link Kejayaanku ini.

  • Idola dalam Sukan
Idola ku dalam sukan ialah sipulan bin sipulan (lupa nama da.) Kali ini aku menjadikan beliau sebagai idola adalah kerana keazaman beliau dalam ingin bersukan. Beliau bukanlah atlet mahupun memiliki stamina yang kuat. Beliau juga tidak mewakili mana2 kumpulan tetapi beliau sentiasa ingin mencuba. Beliau berusaha untuk menguatkan diri dan cuba untuk mencabar orang yang lebih kuat sedangkan beliau tahu kemampuan beliau hanyalah kecil. Semangat ini lah aku jadikan idolaku. Berdasarkan beliaulah aku mencuba pelbagai sukan yang boleh diceburi bagi memberikan aku satu pengalaman. Disitulah aku pelajari semangat sepasukan. Aku berpengalaman dalam menjadi pasukan kalah, kalah dan terus kalah. Kadang-kadang je menang. Tak mengapa bagi diriku kerana aku puas dalam mendapat peluang untuk bersukan.

  • Idola dalam Pengurusan (Management)
Kali ini terus terang aku menyatakan bahawa idola pengurusan terbaik bagi aku datangnya dari En Zailuddin Ariffin. Seorang pensyarah Kimia yang begitu dikagumi. Aku sempat berkhidmat dengan beliau dan bersama beliau sewaktu diriku menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Pembantu Minggu Mesra Siswa. Memang kadang2 keputusan yang dilakukannya agak tidak disenangi tetapi kalau diikutkan ada kebaikannya. Tegas dan berani dalam melaksanakan sesuatu perkara. Walaupun beliau tidak menjadi FEVERET dalam semua orang tp kita kena ingat, Semua yang dirancang berjalan lancar dan menjadi satu contoh bagi semua orang. Bak kata Ahli perniagaan, "U will be a good leader when everyone dont like u". Oleh sebab itulah aku cuba menjadi seperti beliau. Tp sampai sekarang aku masih gagal. Alhamdulillah waktu aku kerja pun aku dapat bos sebiji macam beliau. Executor punya style. Kalau diorang nak sesuatu, pasti ia akan dilakukan.
  • Idola dalam Komander
Idola aku yang ni tak lain tak bukan Mohd Yassir Bin Kamil. Seorang yang sama batch denganku tetapi memiliki perwatakan yang hebat. Beliau cemerlang dalam akademik dan juga cemerlang dalam Kokurikulum iaitu KOMANDER KESATRIA. Beliau adalah merupakan Komander Kanan (Ketua segala komander) di UiTM Perlis pada ketika itu. Aku pernah berkhidmat dibawah rejim beliau. Sungguh terbuka dan menarik cara pengurusan beliau. Aku cuba untuk menyaingi beliau dalam cara2 lain tp masih gagal. Akhirnya aku bekerjasama dengan beliau. Aku memang berbangga mempunyai Idola seperti beliau.


Ni la serba sedikit tentang Idolaku di Universiti iaitu UiTM Perlis. Apa kata kalian pembaca sama2 menulis tentang idola dirimu dan berkongsi di blog ini. Kita lihat sama-sama idola yang kita sanjungi dan juga idola yang kita ingin cabar untuk menjadi lebih hebat dari idola kita.

Sekian, Terima Kasih..!!

RAPLA JINGGA BLEYH..!!

Tuesday, August 16, 2011

Puasa, Puasa & Puasa


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..

Selamat Pagi kepada pembaca yang baca pagi..
Selamat Tengahari kepada pembaca yang baca tengahari..
Selamat Petang kepada pembaca yang baca petang dan malam..

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENGTOPUP IBADAH ANDA

Saja nak menulis.. gatai tangan plak.. Sebab nakal blan posa kut.. hahaha... Nih nak habaq la.. 2 minggu sudah berlalu... kejap je.. pejam
celik pejam celik.. toinggg... 2 minggu dah... hahaha..
Tinggal lagi 2 minggu nak puasa... adoih.. kejap plak masa berlalu.. tensen tul..


Blan Ramadhan kali ini aku pelik skit.. tak tau pasaipa 2 minggu berturut2 aku balik penang.. huhuhu.. Bkannya dekat.. jauh tu... Dari Lembah Beringin Ke Penang.. Dalam standard kereta/moto 4 jam perjalanan.. hahaha...

Minggu 1st tu okeyla.. sbb nak berbuka puasa ngan family.. heppy giler.. hehehe.. ye lakan.. ngan family.. itu lagi penting.. Pastu minggu ke2 pun aku balik.. sahur ngan family.. pastu trus gi UiTM Perlis.. <-- Member aku cakap baik aku kawin ja ngan orang sana.. asyik gi perlis memanjang.. gila toi.. Hahaha..

Aku bkan apa.. aku cuma rindu ngan suasana berbuka di Perlis. sbb tu aku ajak En Izwan and the geng berbuka kat sana.. Alhamdulillah.. impian aku dipermudahkan Allah... aku dapat gak berbuka puasa kat sana.. Dia blanja makan Secret Recipe.. hehehe.. Sedap.. Free lagi kan.. memang sedap...


Bulan puasa ni kita kena banyakkan sabar la... Harga
makanan memang melampau naik.. Kita kena terima seadanya.. Sbb diorang (Peniaga) ni pun nak ambil kesempatan untuk berniaga untung. Bkan apa.. diorang gak leh beraya nanti.. Anggap ja macam kita bersedekah kat diorang.. Sedekah kan amalan mulia.. terutama blan Posa nih..

Banyak yang cakap bulan posa ni membentuk kita.. tp kita tak sedar yang kita hanya lakukan dia pada blan Ramadhan ja.. blan lain kita tak lakukannya.. alangkah ruginya... kan best kalau kita dapat laksanakan terus.. tp tu la.. aku tegur kat diri aku gak.. hahahaha...

PERLIS ooo PERLIS.. hehehe.. sori la.. aku tak gitau semua orang aku gi UiTM Perlis minggu lepas.. bkan apa.. maleh.. nanti semua banyak tanya.. aku nak pi pun sekadar untuk berjumpa member2 yang lama terpisah... antaranya MAT KENG, FAYAD, SEAH, BUNCHO, ZAID, EN IZWAN dan lain2.. ramai kalau nak sebut.. SEAH tu spesel skit.. hahaha.. tetttt..!!!
Aku suka buka posa ramai2.. tp kadang2 aku kena terima hakikat.. aku di Perantauan... berbuka

puasa sorang2 tu amalan biasa.. aku kena tabah dan senyum.. sbb tu aku semangat gi jumpa member aku.. walaupun aku terpaksa penat, lelah, jauh, tak larat.. aku kena tempuh semua.. huhu.. Cuba fikir... 4 jam dari LB - PENANG.. Pastu 2 jam 30 minit lagi dari PENANG - ARAU.. Esok tu balik plak... macam tula.. tp semangat tu lagi penting... Hehehe...

Hmmm.. hehehe.. Sekadar berkongsi apa yang aku lalui dalam 2 minggu.. Hehehe.. thats all.. Berjumpa lagi ye...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...