The Followers..!!

Wednesday, June 15, 2011

Selamat Hari Jadi Ibuku..!!


Assalamualaikum...
Salam Hormat.. Salam Sejahtera... Dan Salam Satu Malaysia...

Terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca tetap yang masih setia menanti coretan blog ni yang ntah apa2. Di masa yang sama... Terima kasih kerana menanti blog ini untuk dikemaskini.. Walaupun tau jarang dikemaskinikan oleh faktor kerja yang menukar masa percuma saya...

Tajuk yang dibincangkan pada hari ini adalah mengenai ulang tahun kelahiran seorang pejuang yang di sayangi, di cintai dan amat dihormati oleh saya iaitu Ibu saya Kasmah Bt Ahmad. Disini saya ingin menyampaikan sedikit nukilan sajak buat ibuku tercinta..

Ibuku...
Seorang Pejuang Yang Datang Dari Pulau Pinang..
Pejuang yang sanggup mengorbankan apa saja untuk anaknya..
Memberikan kebahagiaan kepada anak-anaknya tanpa mengira penat lelah..
Mendoakan keredhaan dari Allah untuk anak-anaknya..

Ibuku...
Namamu Kasmah cukup indah...
Dipenuhi keindahan bunga dan mentari...
Menyinari saat-saat dan detik waktuku..
Dalam menjadikan anaknya seorang pejuang...

Ibuku...
Pengorbananmu dalam hidup...
Tiada ternilai untuk ku balaskan..
Tiada rupa secantik sepertimu...
Tiada apa yg mampu menggantimu..

Ibuku...
Aku bersyukur kehadrat Ilahi...
Diatas pemberianNya kepadaku...
Aku juga berterima kasih kepadamu Ya Allah...
Diatas pemberian keluarga harmoni buatku..

Ibuku...
Yang telah menjagaku dari kecil hingga hari ini..
Yang sentiasa mendoakan kejayaan ku...
Yang selalu memberi nasihat kepadaku...
Yang selalu berada denganku ketika senang dan susahku...

Ibuku...
Aku menangis tatkala aku mengingatimu..
Aku bersalah diatas kenakalanku...
Aku berdosa diatas perbuatanku...
Aku selalu menyakitimu...

Ibuku...
Maafkan segala kesalahanku...
Yang telah memporak perandakan hidupmu..
Yang telah membuat kau menangis..
Yang telah membuat kau bersedih...

Ibuku...
Aku berdoa kepada Allah...
Agar engkau dan keluarga kita diredhaiNya..
Agar engkau berbahagia sentiasa..
Agar engkau gembira disampingku..

Ibuku..
Sempena dengan hari kelahiranmu...
Inginku berikan seribu senyuman...
Inginku berikan seribu kebahagiaan..
Semoga engkau berbahagia selalu...
Segala pencapaianku ini.. Aku Hadiahkan untukmu Ibuku..

KERANA ENGKAULAH IBUKU YANG KUCINTAI DAN KUSANJUNGI..

Sekian.. Terima Kasih..

SESUNGGUHNYA... SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU..


Tuesday, June 7, 2011

Kem OC di Wang Burma 2011


Salam..
Gud Morning (sapa baca waktu pagi)
Gud Afternoon (sapa baca waktu tengahari)
Gud Evening (sapa baca waktu petang dan malam)


Huhuhuh.. Aku ni lambat skit update... So ini adalah ruangan sambungan untuk Kem OC di Wang Burma 2011.. Kem ni wat kat Wang Burma, Taman Negeri Perlis. Kat wang kelian je. Jarak dari UiTM Perlis lebih kurang 50km gak la...

Sebenarnya.. program ni wat time aku konvo. Aku menumpang sekali la kem tu.. Bkan wat apa pun.. tp bersama ngan geng2 OC.. Nak wat camna.. semangat OC tu masih kuat.. Takda sapa pun leh ganti semangat nih. Berkobar-kobar tu...

Kem ni adalah satu tujuan iaitu mencapai kesatuan ummah sewaktu bekerja. Biar apa jua halangan menimpa. OC mesti bersatu. "Biarla kisah lama menjadi sempadan. Biar kisah baru menjadi sasaran."

Tgk la sedikit sebanyak gambar2 aku kat kem..!!



Barisan YDP MPP 3 Zaman. Sapa paling cerah???

Ni la semua peserta + AJK Kursus Wang Burma



Geng2 Akaun + Artis tak dijemput Dalam gambar

Muke Mengantuk giler.. Hahahaha..

Ni gambar Semua Peserta Yang Terlibat

Gambar Barisan Fasilitator yang membantu kursus ni


Gambar AJK + Peserta. hehehe.. Sampingan Jer


Program kami wat adalah 3 hari dan 2 malam... Tak silap aku.. blur... Antara aktiviti kat sana... adalah masuk gua wang burma.. survival.. bersama JPAM.. malam kebudayaan dan juga night walk.. simple jew tp bermakna... Sbb kita nak banyak masukkan ilmu dan semangat dari aktiviti yang banyak tp kosong...

Kira ok la... Kalau ikut kire nak je jadi OC lagi untuk kali yang ke 10. Tp rezeki takde.. Hanya dapat mengekalkan untuk ke 9 sahaja.. Hmmm.. Kenangan tetap kenangan... Takde sape leh ganti kenangan ni.. Huhuhu... Ape2pun... Minggu MDS dah berlalu.. dan diorang dah berjaya sejayanya.. mengikut jejak langkah senior...

Semoga diorang akan terus berjaya hingga ke akhir hayat...

OC TERBAEK...!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...