Benda ni aku nak post lame dah.. tp takde mase (Brape kali bagitauda..)
Kali ni aku nak stoly moly to U Alls tentang kebosanan aku melampau sampai ke Fraser Hills..
| Jangan Jeles. Cover Page Kali Ini |
Aku : Salam bro, dah bangun blum??
Rizal : Dah bangun dah. Awat?
Aku : Ko free tak ari ni? ade wat ape2 program tak?
Rizal : Ade. Tgk tv sampai pecah tv. Hahahaha. Takde. Knape?
Aku : Cet. Jom ikut aku gi Fraser Hills. Aku teringin kot. Dah lame tak pergi. Tp naik moto aku jela. Almaklumla aku takde kereta Ferrari nak bawa kau.
Rizal : Jap aku fikir. (tak sampai 5 saat) Rasyaik, jom.! Aku pun boring nih.
Aku : Okeh. Cantik..! Dalam pkul 9 kau ready ek. Aku ambil kau kat rumah kau.
*Perjalanan pergi adalah dipandu olehku dan perjalanan pulang dipandu oleh rakanku.
Aku ni suke bercerite, so layan je la ek. Hahaha. Dalam pkul 9 pun kami bertolak dari Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin (LB) nih. Nak memendekkan cerita kami cuma singgah di Kuala Kubu Bharu untuk bersarapan disana. Sesudah melantak, kami meneruskan perjalanan ke atas.
Dalam perjalanan tu aku nak habaq mai (UTARA VERSION). Lepas skit dari KKB, kami lalu kat area Dam (Empangan). Cantik gile Dam tu.. serius weh. Permandangan menarik gile. Aku khayal jap kat situ. Hahaha. DIa macam lebih kurang Timah Tasoh punya tasek la pemandangan. Tp memang syok. Layan gila.
Sesudah ja tasik tu. Keadaan mula agak rancak. Bagi penunggang motosikal, anda mesti layan gila. Sebabnya jalan berliku-liku macam ular da. Bleh la layan corner. Kona kot nu. Kona kut ni. Memang layan ar. Tp bagi pemandu kereta dan penumpangnya anda mungkin loya dan muntah.
(*Amaran Keras, Sila bawa plastik takut muntah)
Jalan yang kami naik ke Fraser Hills tu sebenarnya merupakan perjalanan dari KKB ke Raub. Dipertengahan jalan itu ada simpang ke Fraser Hills. Time di persimpangan itu, aku ambil kiri untuk naik ke Fraser Hills. Aku mula pelik sebab jalan besar menjadi jalan yang kecil. Satu lorong sahaja. Agak2 macam mana kalau ada kenderaan lain turun. Rupa-rupanya jalan ke Fraser Hills ni naik satu lorong dan turun satu lorong. Jalan yang berbeza.
(Dulu diorang wat jalan tu setiap sejam. Maksudnya sejam naik sejam turun. Skarang dah okey.)
Jalan naik tu lagi berliku. Wa.. memang stylo bagi penunggang moto dan amat mencabar tp BEST GILER bawa moto camtu. Dah la cuaca semakin sejuk. Aku semakin menggeletar.
Setelah hampir sejam. Maka kami pun sampai. Oleh itu bermula la Slot bergambar.
| Ni La Jam Fraser Hills. Terletak di tengah2 pekan Fraser Hills. Menjadi Mercu Tanda kawasan tersebut. |
| Sejarah Fraser Hills. Tu pun kalau bleh baca. Hahahaha. |
| Pemandangan di atas bukit |
| Permandangan dari sebuah Villa. |
| Permandangan dari Villa. Jalan di hadapan adalah jalan turun ke KKB |
| Cantik Kan. |
| Kawasan Resort berhampiran Jam Fraser Hills |
Gambar di atas permandangan sahaja. Sekarang ni gambar2 yang ada manusia skali. Aku dan Rizal la. Hehehe..
| Di Balai Polis Bukit Fraser (G Tandas Je Pun) |
| Ni La Member aku. Namenye Rizal |
| Kononnya Best la. |
| Bersama Pokok. Blkang tu ada Villa. |
| Cantikkan Gambo nih. |
| Dengan Moto ni je Kami Naik |
| Food Court. Tempat Makan tengahari |
Hotel di kawasan atas itu banyak la juga tetapi ia lebih kepada kawasan villa. Ada juga padang golf satu kat atas tu. Selain itu, ada kawasan untuk main swan boat. Ada mini tasik kat atas tu.
Punya la duk bangunan lama yang menarik kat atas tu, tiba2 nampak satu signboard. Dia tulis pasal ada waterfall. Huhu. So, aku dan member aku ni pun cekkeddout la. hehehe. Perjalanan dari pekan dia amat jauh juga. Nun dalam jauh ke bawah. Tp worth wile la kalau pergi sana. Nak tau sebab apa. Tgk gambo ini.
![]() |
| Gambor Waterfall kat Air Terjun |
| Ni pintu masuk Air Terjun tu |
| Cantik kan Air Terjun ni.!! |
Lebih kurang dalam pukul 3.00 ptg, kami pun pulang. Perjalanan pulang yang mengambil masa 1 jam lebih. Dari cuaca sejuk kepada panas.
Jejak je kaki dirumah. Hati ini merasakan alangkah indahnya jika suatu hari nanti aku akan kembali ke sana. Hehehe. Itulah kisahku sedikit sebanyak tentang Kisah Aku D' Fraser Hill.
Sekian. Assalamualaikum dan salam Keamanan.!
| Baju Sweater Pinjam.!!! |

No comments:
Post a Comment
Kalau Dah Bace Tu Ape Lagi... Komen La.!!