The Followers..!!

Thursday, November 10, 2011

A Food For Thought Edisi Perdana Menteri Malaysia

Salam..!!!

Bende ni terlintas waktu aku raya kat rumah tok aku..!! Pak wan aku datang dan cakap kat aku pasal benda ni.. Dan ia amat interesting dan giler menarik..!! Secara tidak sengaja atau dirancang.. Kita pun tak tau..!!


Kita mulakan dengan Sedar tak korang Nama Perdana Menteri Malaysia seperti disusun..!! Secara tak langsung la kot..!!


Perdana Menteri Pertama Kita adalah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

 Perdana Menteri Kedua adalah Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

Perdana Menteri Ketiga adalah Tun Hussein bin Dato' Onn 

Perdana Menteri Keempat adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Kelima adalah  Tun Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Keenam adalah Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak 

 Secara tidak langsung Senarai PM Malaysia
1. R - Rahman  
2. A - Abdul Razak 
3. H - Hussein
4. M - Mahathir
5. A - Abdullah
6. N - Najib 

RAHMAN...!!! Hehehehe... Tetibe je..!! hehehe..!! 
Amazing isnt it... Hahahahaha...

Just food for thought..!! Fikir2kan dan selamat beramal..!!!

Source of full name is from :
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia

Yang lain Original aku wat ek..!! Nice kan..!!

 

Tuesday, November 8, 2011

Hari Raya Haji dan Makan Makan Makan

Assalamualaikum..!!!
Salam Hormat dan salam sekian alam yang sewaktu dengannya..!!

Tajuk potpet aku pada hari ini ye adalah berkenaan dengan Hari Raya Haji atau Aidiladha.. Apa itu Aidiladha? Aidiladha adalah sambutan perayaan kepada umat Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Ia diraikan pada 10 Zulhijjah setiap tahun.. Bukan tahun Masihi tapi tahun Islam...

Aku ingat tarikh ini pada tahun lepas, Ayahandaku dan Ibundaku berada di Makkah, Arab Saudi. Mereka penuh bahagia menyambut Hari Raya Aidiladha di sana... Kerana apa? Kerana perayaan paling bahagia pada Aidiladha adalah di Makkah kerana pada waktu itu Ayahandaku dan Ibundaku sedang mengerjakan Haji.. Bukan "balun" (mengerjakan) Pak Haji ye.. tapi melaksanakan Rukun Islam...

Pada Tahun ini pula.. Secara bersederhana perayaan disambut lagi.. Seperti biasa.. Aku akan beraya di rumah Tok aku di Kampung Tersusun, Sungai Ara.. Bukan sebut nama "Ara" tapi memang namanya Sungai Ara. Btul2 terletak di sebelah Masjid.. Masjid tu tiap2 tahun akan korbankan lebih 10 ekor Lembu.. Wa.. sampai berlawan untuk "Menyiang" Lembu... Kat rumah Tok aku makanan usah dikata la.. Makan tak ingat dunia.. Kerja MAKAN MAKAN MAKAN dan terus MAKAN sampai senak perut... Yang paling aku banyak makan adalah Ketupat Pulut + Rendang + Aiskrim...

Pada blah petang seperti luar biasa.. (Maksudnya jarang dilakukan).. Pak Ngah aku merangkap wakil Sponsor Dato Pirdaus (Bekas Imam Masjid Negara) memberi sekor Lembu untuk dikorbankan.. Pada petang tu tunggu pa lagi.. Pakait2 Lapah la... Aku tumpang skali.. Tumpang tgk, angkat, tarik, lompat, senyum dan lain2.. 3/4 dari lembu itu kami agih-agihkan kepada penduduk kampung kerana itulah niat korban yang sebenar.. lagi 1/4 kami wat BBQ.. malam tu juga.... Sambil wat kerja aku MAKAN MAKAN MAKAN dan MAKAN lagi...

Nak dijadikan cerita.. Malam tu.. pas maghrib dan pas gayut.. Ehem ehem.. Aku menolong orang untuk barbeque kan daging tu.. Sampai hangit.. hahahaha... Luar masak dalam tak masak.. Adoi.. Sapa la wat ni... Aku tolong dalam 15 minit ja.. pastu masuk rumah jap... Dekat kusyen.. baik punye letak kepala..!! Sedaq2 Dalam 12 ++.. Tanya kak aku ada daging lagi tak.. Kak aku cakap abih dikorbankan dalam perut dah..!! Waaaa... Sedih... Takpala.. sambung tidoq...

Kesian kan kat aku.. tak dapat nak makan.. Waa.a.a.a.a.a.!! Akan ku tuntut di lain hari... Esok tu aku pun balik la.. Best wo balik.. Bawa moto ngan kelajuan 130km/j - 160km/j.. Al maklumla.. moto baru.. hehehe.. Bila lagi nak kuda kan.. Hehehehe..

Sekian... Apa tah aku merepek nih..!!

Friday, November 4, 2011

Kahwin Kahwin Kahwin Dan Kahwin

Assalamualakum....
Salam Sejahtera...
Salam Budiman...
Salam Perantauan...
Salam Segalanya...
Salam Keamanan...

Duduknya saya pada hari ini adalah untuk membicarakan tentang perkahwinan... Apa itu perkahwinan.. Perkahwinan adalah penyatuan lelaki dan perempuan melalui cara yang sah dengan akad nikah serta perkara2 wajib nikah yang menjadikan mereka sah sebagai pasangan...

Apa itu nikah... Nikah itu boleh dicari melalui kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke sembilan ratus sembilan puluh sembilan di muka surat seribu seratus sebelas.. tu pun kalau jumpa... haahaha.. Takkan korang tak tau.. adoi...

Bulan ini sahaja aku mendapat 7 panggilan kenduri kahwin termasuk kawan-kawanku iaitu Alhushairi dan Azam... Diorang dah kawin.. walaupun tempat jauh.. aku kena usahakan untuk sampai.. kalau tak sampai tu tak bleh nak wat apa.. banyak halangan... uhuhuhu...


Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi.. sebab itu banyak kenduri.. apabila banyak kenduri banyak la makan free.. bila makan free maknanya mak aku pun malas la nak masak (Kalau kat rumah la)... Bila mak aku tak masak kena la pi makan kat luar...kalau tak makan kang aku yang kelaparan.. hehehehe...

Apabila aku pergi kenduri mesti orang akan cerita benda yang sama kat aku... Bila ang nak kawin??? Calon dah ada ka??? Aku bengong tul pasal benda nih.. tu yang malas nak gi kenduri... Wahai abe kakok..!! Doh panje doh introduction.. kawe nok royak nih...watpo kawe tokse kawin lagi...

Aku ni mude lagi... baru 24 tahun... bagi aku... aku merasakan bahawa terlalu awal bagiku untuk kahwin... Aku belum bersedia lagi... Perkara ini turut dikuatkan dengan kak aku yang baru tahun ni kawin.. takkan aku nak kawin dah bile kak aku kawin... huhuhu...

Pastu plak.. Aku ada perancangan hidupku... bagi aku... aku nak kawin dalam umur 26-27.. dalam lingkungan itu... Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keputusanku... Sebelum ini aku rancang umur 25.. tp aku tau.. i takkan logik dengan masalah sekarang...

Aku nak fokus kepada kerjaya aku dan famili aku... Ini kerana pada perancangan aku... Aku nak pengalaman bekerja selama 3 tahun.. selepas itu aku nak wat professional program... dan buat master selepas itu.. insyaAllah... dalam umur 35 aku nak capai kedua2 tu...

Dalam segi keluarga plak.. aku adalah merupakan lelaki sulung dalam family.. Makna kata tanggungjawab aku lebih tinggi... dan memerlukan pengorbanan... Ayah aku dah pencen.. Mak aku tak kerja... Aku perlu membantu keluargaku meringankan beban... Adikku tahun depan nak sambung belajar... Masih memerlukan duit... dan dari situ.. aku kena bantu dia... ringankan beban... Takkan ayah aku nak support adikku lagi... Aku lah sebagai abg kena bantu... Kalau bleh... aku nak mak ayah aku skarang ni enjoy je ngan duit pencen... biar diorang hidup dengan ketenangan.. bukan dengan bebanan... I want to deal with all the things...

Bila aku fikirkan benda ni... aku tahu.. aku takkan kawin dalam umur 25... Selain itu.. Biarlah pasangan yang aku nanti dah bekerjaya... sebabnya... at least bila aku kekurangan wang.. dia akan bantu aku.. kalau die tak kerja... aku tak mampu untuk menguruskan semua beban... Itulah kelebihannya...

Inilah sebenarnya sebab aku taknak kawin dalam masa terdekat.. Ramai tertanya2... dan ini lah jawapan aku... Sekian... Terima Kasih...

Hehehehe... Diharap paham ye...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...