Assalamualaikum...
Aku menaip tajuk ini selepas sehari pemergian arwah Tok Jam ke Rahmatullah..
Ceritanya bermula...
Aku melihat jam di kaca monitor yang terpampang depanku bertulis 12.45PM. Ketika itu, aku sedang menyiapkan slide presentation terakhir untuk interview Bank Islam Young Leaders Programme. Tiba-tiba telifon maxis ku berbunyi. Ada panggilan daripada paksu ku, lalu ku menjawab.
Paksu : Rasyaik, balik kampung tak?
Aku : Takkut, ada presentation isnin ni.
Paksu : Tok dah meninggal.
Aku : Ha??? Apa?? BIaq btui?? Bila meninggal??
Paksu : Pkul 12 td. Nak balik skali tak?
Aku : Innalilllah... nanti asyid tepon kak sha, rancang ngan dia.
Paksu : Okey. Apa2 bagitaula..
Selepas mendengar telifon itu, aku terdiam seketika. Aku blur. Lalu aku menelefon kakak-kakakku untuk memaklumkan berita ini. Aku amat terkejut apabila takde sorang pun kak aku yang tahu berita itu. Lantas aku telifon ayahku untuk bertanya. Ayahku menjawab telah berada di rumah tok.
Selepas perbualan ngan ayahku, aku merancang dengan kakakku untuk segera pulang ke Pulau Pinang. Aku bertolak dari rumahku dalam jam 3.30 ptg dan tiba di rumah tokku pada jam 7.30 malam. Setibanya di sana, arwah sedang dimandikan. Aku hanya mampu menunggu di luar.
ynya blur. Aku tak tau kenapa. Sedangkan aku yang mengangkat jenazah dari tempat mandi ke depan untuk dikafankan, aku yang mengangkat jenazah yang telah dikafankan masuk ke dalam keranda, aku yang mengangkat keranda masuk dalam van, aku yang naik bersama van jenazah ke masjid, aku yang sembahyangkan jenazah, aku yang bersama dalam mengebumikan jenazah. Aku masih tidak sedih.
Akan tetapi.. Kesedihan aku amat terasa apabila aku memerhatikan IBUKU.. Beliau ternyata sedih dan keletihan. Bersama makcik-makcikku (adikberadiknya). Ibuku amat kelihatan sedih. Aku tak mampu untuk berkata apa-apa. Apa akan terjadi jika ibuku pula meninggalkan ku.. Aku tak mampu nak fikirkan.. Hatiku pasti akan sebak.. (mungkin itu jua yang difikirkan oleh ibuku ketika melihat ibunya meninggal dunia).
Hidup ini tak lama. Hanya sementara sahaja.. Apa yang kuperhatikan, jenazah nenekku amat tenang. Beliau meninggalkan dunia pada hari jumaat, dengan hanya tenang meninggalkan dunia. Aku berdoa semoga arwah berada bersama golongan orang2 yang beriman. Untunglah bagi sesiapa yang mempunyai iman dan amal yang baik untuk di bawa ke akhirat.
Nenekku dikebumikan bersebelahan dengan arwah suaminya iaitu Tok Mat (Ahmad).
Sekian...!!