The Followers..!!

Monday, August 6, 2012

Berpuasa Di KL


Salam Ramadhan semua.

Arini hari ke 17 kita berpuasa dibulan ramadhan. Secara tidak langsungnya, semangat raya semakin lama semakin mendalam. Cumanya. Nak cite pasal 1st Ramadhan aku di KL ni dan sebagai seorg officer Bank.

Pada kali ni puasa agak sunyi dan agak suram. Sbbnya rumah yg aku duk ni tak meriah sangat utk berbuka dan bersahur. Tak seperti dulu di Lembah Beringin mahupun di Arau. Sungguh meriah ngan mulut, perangai dan sebagainya, Oh I miss that moment. Tp tu la. aku dah bekerjaya sekarang, Sudah berubah. Kena la terima.


Bekerja di Bank Islam Ampang ni agak best la dengan semua yang ada. Semua staff pun sporting. Bleh layan sangat. Cumanya bila kerja di kawasan Operation Bank ni. mana la bleh balik awal. Bleh kira aku gi bazar ramadhan brapa kali ja. Majoriti aku pegi kedai mamak bungkus nasi je. Tak sempat kot. Pkul 7 baru keluar. Tp ini dinamakan tugas. Terima sahajalah. hehehe. 


Kali ni memang tak dinafikan, aku berpuasa agak sederhana. Biasa-biasa sahaja. Takde lebih2 pun.
Tp okeylah. Aritu balik kampung aku happy plak. Sronok berpuasa di kampung. Rasa macam live sangat. Huhuhu. Mak abah dah beli baju raya kaler light orange. Aku je blum lagi. Nanti nak gi Jalan TAR (yg penuh sesak gila). hehehe. Tp saje sronok2 pergi.


Kite puase puase gak. Raya pun raya gak. Jangan lupa ibadat ye. Blan posa ni jarang nak dapat anugerah pahala cam blan ni. Dan belum tentu akan merasa ramadhan tahun depan.
Huhuhu. Ape2pun semoga berbahagia semua.!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...