The Followers..!!

Showing posts with label TPM. Show all posts
Showing posts with label TPM. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Tawaran Biasiswa Di Bawah Skim Tenaga Pengajar Muda

Assalamualaikum...

Hurm.... Baru2 ni sedang aku asyik bekerja dengan jayanya... Aku disedarkan dengan bunyi deringan telefon... Pabila ku lihat telefonku itu, ternyata ia adalah panggilan dari ayahku..

Aku menjawab dengan salam lalu ayahku menyampaikan satu berita untukku iaitu aku telah menerima TAWARAN BERSYARAT BIASISWA DI BAWAH SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA dari UiTM.. Wahh... Dasat tul.. tak sangka aku yang selamber badaks ni leh dapat.. Ingat lagi time interview.. Rase macam tak dapat dah.. tp last2 dapat gak.. Adoi...

Orang lain kalau dapat mesti rasa sronok.. YEEEHAAA..!!!.. tp aku... tak seronok malah membuntukan hidupku... Sedikit sebanyak menambahkan kekusutan hidupku... Ade orang cakap.. "ko fikir ape.?? orang bayar ko ambil master.. Ko pergi je la"... orang lain plak cakap "ko kan JPA scholar, mana leh ambil" orang lain lagi "Nanti jadi lecturer bagus.. keje senang.." orang lain lagi cakap "you will waste 7 years + 2 years just to be lecturer where as you can be a manager within that years.."

So aku buat la penilaian secukupnya.. adakah aku ingin jadi pensyarah mahupun ahli korporat. Hmmmm... Kalau jadi pensyarah amat susah untuk sertai korporat.. Tp menjadi ahli korporat mudah untuk jadi pensyarah.. Jadi pensyarah kompem dah selamat sbb kerajaan.. tp ahli korporat blum tentu..

Fikir punya fikir.. Aku dah wat keputusan.. Aku akan ikut perancangan awal aku iaitu bekerja selama 3 tahun untuk experience then get a master.... With or without any scholarship..!!
Itu keputusanku... lantak apa nak jadi..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...