The Followers..!!

Sunday, August 9, 2009

FESKEM 2009

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang telah bersama-sama menjayakan majlis pelancaran FESKEM 2009 pada 8/8/2009...

Program pelancaran ini telah dilakukan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Ia dimulakan dengan sembahyang solat subuh berjemaah di Pusat Islam. Selepas itu semua pelajar berkumpul di stadium untuk upacara rasmi pelancaran Feskem 2009

Anggaran Jumlah pelajar yang datand pada pagi itu adalah 3500 pelajar yang mewakili setiap kolej kediaman masing masing...

Program pelancaran ini dimulakan dengan ucapan YDP MPP UiTM Perlis dan seterusnya Dirasmikan oleh Prof Madya Dr Hamidi Abd Hamid, Pengarah UiTM Perlis.

Program ini dirancakkan lagi dengan Senam Seni Malaysia oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perlis.

Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak serta mahasiswa yang menjayakan Majlis Pelancaran FESKEM 2009 UiTM Perlis.

Pelabagai program dan pengisian yang akan dibuat sepanjang Minggu FESKEM yang bermula 7hb-16hb Ogos 2009.

No comments:

Post a Comment

Kalau Dah Bace Tu Ape Lagi... Komen La.!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...