The Followers..!!

Sunday, August 9, 2009

27 RESOLUSI MAHASISWA UITM PERLIS DARIPADA MPP, PERSATUAN DAN KELAB DALAMAN UiTM PERLIS 2009


Pada tarikh 18hb Julai 2009, Pukul 4.00 petang di Dewan Kuliah 4, kami; Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Majlis Tertinggi & Wakil Persatuan dan Kelab Dalaman UiTM Perlis dengan ini, mewakili keseluruhan mahasiswa UiTM Perlis iaitu seramai 7383 orang telah berbincang, bersatu serta bersetuju untuk menyampaikan kepada pihak pentadbiran UiTM Perlis bahawa :

1. Kami menggesa agar pihak USMB menyediakan secara menyeluruh kemudahan wireless ke semua kolej kediaman serta kawasan kemudahan pembelajaran 24 jam tanpa had masa disamping menyediakan server tambahan selain “Helang” agar tidak terlalu sesak dan menyebabkan sistem manjadi lambat.

2. Kami menggesa agar pihak universiti mempercepatkan proses pelebaran serta pembesaran jalan utama disamping menyediakan kawasan pejalan kaki berbumbung kerana perkara ini telah lama diwar-warkan dan ditunggu lama oleh mahasiswa. Ini akan memudahkan dan menjamin keselamatan mahasiswa berjalan terutama bagi pelajar OKU.

3. Kami menggesa pihak HEP agar menambah bilangan kemudahan mesin basuh dan “water cooler” di kolej-kolej kediaman terutamanya di kolej yang mempunyai bilangan mahasiswa yang ramai.

4. Kami menggesa pihak perpustakaan menyediakan bahan bacaan yang baru dan ditambah kerana hanya terdapat edisi yang lama di perpustakaan seperti kamus dewan bahasa, kamus pelbagai bahasa dan kamus peribahasa yang pada ketika ini amat terhad.

5. Kami menggesa pihak pentadbiran agar membuat pemantauan dan tindakan yang tegas terhadap katering yang berada di dalam UiTM dari segi kebersihan, kualiti serta kawalan harga bagi setiap makanan yang disediakan. Ini adalah kerana terdapat perbezaan serta harga yang mahal tidak sepadan dengan makanan yang dijual.

6. Kami menggesa agar pasar malam diteruskan dan diadakan di belakang anjung siswa supaya mahasiswa tidak perlu keluar untuk membeli makanan di samping menjamin keselamatan dan menggalakkan lagi program keusahawanan dikalangan mahasiswa.

7. Kami menggesa agar pihak unit sukan dapat mengasingkan mahasiswa dan mahasiswi di dalam gymnasium mengikut hari agar dapat meningkatkan keselesaan penggunaan gymnasium bagi kedua-dua belah pihak.

8. Kami menggesa pihak unit sukan memindahkan gymnasium yang sedia ada ke tingkat bawah (bilik jersi) kerana telah berlaku keretakan yang boleh menyebabkan kemalangan di masa hadapan.

9. Kami menggesa agar pihak kolej melakukan pemantauan terhadap bilik pantri/setor bagi mengurangkan kes kecurian dan kehilangan barang terutamanya pada cuti semester serta menyediakan rekod penyimpanan barang.

10. Kami memohon agar pihak universiti dapat menambah bilangan LCD projektor di kelas-kelas bagi memudahkan proses pengajian dan pembelajaran serta penambahbaikan komputer di bilik-bilik TEC agar dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah kerana kekangan akibat kekurangan kemudahan multimedia seperti LCD projector yang sedia ada.

11. Kami memohon agar pihak universiti menyediakan elaun latihan kepada atlet ataupun penyediaan nutrisi, protein dan vitamin yang mencukupi kepada atlet. Disamping itu, elaun latihan juga patut diberikan kepada peserta-peserta kebudayaan dan debat yang terpaksa datang ke UiTM lebih awal sebelum semester dibuka. Mereka terpaksa mengeluarkan kewangan sendiri sewaktu tempoh mereka berada di UiTM demi untuk membawa nama UiTM Perlis.

12. Kami mencadangkan agar pihak pengurusan UiTM untuk melakukan transformasi atau penambahbaikan di kawasan anjung siswa serta pembaikpulihan tandas sedia ada di Anjung Siswa kerana ia menjadi pusat tumpuan mahasiswa. Cadangan kami juga ialah meratakan serta menyediakan kemudahan tambahan di belakang anjung siswa supaya menjadi lebih luas dan menjadi pusat kegiatan mahasiswa.

13. Kami mencadangkan pihak universiti dapat menyediakan kemudahan sukan tambahan agar dapat diperbanyakkan seperti gelanggang futsal yang lengkap melihat kepada masalah mahasiswa terpaksa berebut untuk bermain futsal di kompleks sukan.

14. Kami mencadangkan agar pihak kolej menyediakan kemudahan komputer dan printer di kolej kediaman ataupun menyediakan pusat komputer di mana-mana kolej yang sesuai bagi memudahkan pelajar mengakses internet serta membuat tugasan.

15. Kami mencadangkan agar pihak universiti menyediakan dana atau tabung yang dikhaskan untuk membantu pelajar miskin atau bermasalah. Ini adalah kerana tabung kebajikan yang disediakan hanyalah sekadar pinjaman kepada mahasiswa.

16. Kami mencadangkan agar bayaran stiker elektrik dapat diselaraskan dengan bayaran mengikut bilangan individu yang berada dalam bilik bukan mengikut bilangan barangan elektrik supaya dapat memudahkan proses pembayaran.

17. Kami mencadangkan agar pihak Fasiliti dapat menambah bilangan khemah bersaiz (20 x 20) yang pada ketika ini hanya terhad kepada 10 buah sahaja. Penggunaan khemah ini dapat menjimat kos penyewaan khemah luar yang terpaksa ditanggung oleh mahasiswa.

18. Kami mencadangkan agar pihak universiti dapat menyediakan kemudahan bas NR semasa modul dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad kerana ada mahasiswa NR yang tiada pengangkutan sendiri.

19. Kami mencadangkan agar pihak universiti menyediakan kemudahan bas ke Kangar dan pulang ke UiTM pada hari Sabtu dan Ahad. Ini adalah kerana harga tambang teksi yang dikenakan agak mahal dan ramai mahasiswa yang keluar pada hari Sabtu dan Ahad.

20. Kami mencadangkan agar pihak UiTM untuk menambah bilangan bas dan pemandu untuk menampung kapasiti mahasiswa yang semakin bertambah.

21. Kami mencadangkan agar pihak UiTM dapat menyediakan bilik pembelajaran dan perbincangan khas 24 jam di dalam kampus bagi kemudahan mahasiswa NR yang tiada kemudahan ini di luar kampus.

22. Kami mencadangkan pihak universiti menyediakan pangkalan data semua agensi rumah sewa untuk kemudahan mahasiswa-mahasiswa NR agar dapat dimuatkan dalam laman web UiTM Perlis mahupun simpanan pihak HEP sendiri untuk dijadikan sebagai rujukan.

23. Kami mencadangkan agar pihak universiti dapat mengadakan perbincangan dengan semua syarikat bas agar menjadikan UiTM Perlis sebagai tempat perhentian bas ekspres dan bas transit (Alor Setar-Jitra-Kangar) tanpa perlu ke stesen bas Kangar.

24. Kami mencadangkan agar pihak UiTM Perlis dapat membeli bangunan di luar kampus untuk dijadikan kolej kediaman luar kampus dengan dikenakan harga yang berpatutan untuk menghadapi masalah ketiadaan penempatan mahasiswa di masa hadapan.

25. Kami mencadangkan agar Pusat Islam (PI) dilengkapi kemudahan penghawa dingin untuk menambahkan keselesaan para jemaah terutama pada waktu puncak seperti solat jumaat dan solat tarawih.

26. Kami mencadangkan agar pihak UiTM meminta pihak Maybank untuk menyediakan mesin “cash deposit” di UiTM Perlis.

27. Kami mencadangkan agar pihak kolej menyediakan pantri/setor di setiap aras terutamanya di kolej Cengal dan Dahlia kerana bilangan mahasiswi yang ramai. Ini kerana stor yang sedia ada tidak sesuai ditambah pula kepadatan barang yang disimpan setiap semester boleh menyebabkan kerosakan akibat dipijak dan dibaling kerana ingin mengambil barang yang lain.

Oleh itu, dengan penyataan ini, kami berharap agar pihak pengurusan UiTM dapat mengambil langkah serta menyesaikan masalah demi kepentingan mahasiswa secara khusus dan UiTM Perlis secara amnya.


SENARAI JAWATANKUASA, PERSATUAN DAN KELAB YANG HADIR KETIKA MEMBINCANGKAN RESOLUSI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

· MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010

· SEKRETARIAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

· JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ CENGAL

· JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ NYATOH

· JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ PULAI

· JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ CENDANA

· JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ RESAK

· JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ BERINGIN

· JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ SIDING

· PERSATUAN MARINE TECHNOLOGY

· PERSATUAN SCIENCE X SIS

· PERSATUAN SAINS SUKAN & REKREASI

· PERSATUAN MOBACc

· PERSATUAN PERSIDA

· KELAB KEUSAHAWANAN SISWA (KUSIS)

· PERSATUAN Q-SCIENCE

· PERSATUAN IKATAN MAHASISWA MADANI (IMAM)

· PERSATUAN POLIMER

· PERSATUAN BISMARK

· PERSATUAN ENTREPRENEUS

· KELAB KAUNSELOR RAKAN SEBAYA (PEERS)

· PERSATUAN BITS

· JAWATANKUASA PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA (JPKK)

· PALAPES

· PERSATUAN PLANTERS GUILD

· PERSATUAN COSMITS

· PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MALAYSIA

· PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

· KELAB KEBUDAYAAN TAMING SARI

· MAJLIS SEKRETARIAT RAKAN MUDA

· KELAB BAHASA MANDARIN

· KELAB PROSTAR

· KELAB TAEKWAN-DO

· PERSATUAN B-HUREC

· ARAU CAMPUS ENGLISH LANGUAGE SOCIETY (ACELS)

· KELAB CAPOEIRA

· KELAB DEBAT DAN PIDATO

· PERSATUAN MANATICS

· PERSATUAN APPCHEM

· PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

· PERSATUAN CHEMIST

· PERSATUAN GEOMASS

RESOLUSI MAHASISWA UITM PERLIS 2009

“BERSAMA MENCAPAI IMPIAN KEGEMILANGAN”

DISEDIAKAN UNTUK

EKSEKUTIF UITM PERLIS

DISEDIAKAN OLEH

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UITM PERLIS SESI 2009/2010

TARIKH SIAP

22 JULAI 2009

No comments:

Post a Comment

Kalau Dah Bace Tu Ape Lagi... Komen La.!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...