The Followers..!!

Tuesday, December 27, 2011

Jawa Pop


KPOP terbaru dari Tanah Jawa.. Memang style la diorang ni.. Nak gelak aku rasa.. Tp penuh makna.. Tu la korang.. Asyik layan KPOP.. Ni ha.. Jawa Pop.. hahaha... Bagus tul idea diorang nih..

Salute..!!

My Wishlist

Salam.. Hehehehe..

Dah lama nak post benda nih.. Tp tak dapat2 lagi.. So kali ni nekad akan post juga benda nih..

My Wishlist for my life.. As at 27/12/2011

1. Get Married - 27 @ 28 Years..

2. Buy a car

3. Buy a Samsung Galaxy S II

4. Buy a house

5. Vacation in Sabah - Hiking Mountain Kinabalu.

6. Ease the life of my parents.

7. Help my brother in their studies and career.

8. Have a good career - Job Position (Aim to be CFO)

9. Buy a Camera - Like Canon (yang mahal tu)

10. Send my parents to Mecca for Umrah or another Hajj.

11. Get 5 Child - (to be discussed more with future wife)

12. Vacation  -  Bukit Fraser (Done)
                         Bukit Tinggi
                         Kuantan/Cherating
                         Pulau Tioman (Again)

13. The finale of my wishlist is to go to the England and watch direct from my eyes Barclay's Premier League  between Chelsea with any team. (Chelsea Fans!!)

Tu je la antara wish list aku.. Aku nak try untuk capai la semua nih..!! hehehehe..

Saturday, December 17, 2011

Seorang Nenek Yang Dipanggil Tok Jam

Assalamualaikum...

Aku menaip tajuk ini selepas sehari pemergian arwah Tok Jam ke Rahmatullah..

Ceritanya bermula...

Aku melihat jam di kaca monitor yang terpampang depanku bertulis 12.45PM. Ketika itu, aku sedang menyiapkan slide presentation terakhir untuk interview Bank Islam Young Leaders Programme. Tiba-tiba telifon maxis ku  berbunyi. Ada panggilan daripada paksu ku, lalu ku menjawab.

Paksu : Rasyaik, balik kampung tak?
Aku : Takkut, ada presentation isnin ni.
Paksu : Tok dah meninggal.
Aku : Ha??? Apa?? BIaq btui?? Bila meninggal??
Paksu : Pkul 12 td. Nak balik skali tak?
Aku : Innalilllah... nanti asyid tepon kak sha, rancang ngan dia.
Paksu : Okey. Apa2 bagitaula..

Selepas mendengar telifon itu, aku terdiam seketika. Aku blur. Lalu aku menelefon kakak-kakakku untuk memaklumkan berita ini. Aku amat terkejut apabila takde sorang pun kak aku yang tahu berita itu. Lantas aku telifon ayahku untuk bertanya. Ayahku menjawab telah berada di rumah tok.

Selepas perbualan ngan ayahku, aku merancang dengan kakakku untuk segera pulang ke Pulau Pinang. Aku bertolak dari rumahku dalam jam 3.30 ptg dan tiba di rumah tokku pada jam 7.30 malam. Setibanya di sana, arwah sedang dimandikan. Aku hanya mampu menunggu di luar.
ynya blur. Aku tak tau kenapa. Sedangkan aku yang mengangkat jenazah dari tempat mandi ke depan untuk dikafankan, aku yang mengangkat jenazah yang telah dikafankan masuk ke dalam keranda, aku yang mengangkat keranda masuk dalam van, aku yang naik bersama van jenazah ke masjid, aku yang sembahyangkan jenazah, aku yang bersama dalam mengebumikan jenazah. Aku masih tidak sedih.

Akan tetapi.. Kesedihan aku amat terasa apabila aku memerhatikan IBUKU.. Beliau ternyata sedih dan keletihan. Bersama makcik-makcikku (adikberadiknya). Ibuku amat kelihatan sedih. Aku tak mampu untuk berkata apa-apa. Apa akan terjadi jika ibuku pula meninggalkan ku.. Aku tak mampu nak fikirkan.. Hatiku pasti akan sebak.. (mungkin itu jua yang difikirkan oleh ibuku ketika melihat ibunya meninggal dunia).

Hidup ini tak lama. Hanya sementara sahaja.. Apa yang kuperhatikan, jenazah nenekku amat tenang. Beliau meninggalkan dunia pada hari jumaat, dengan hanya tenang meninggalkan dunia. Aku berdoa semoga arwah berada bersama golongan orang2 yang beriman. Untunglah bagi sesiapa yang mempunyai iman dan amal yang baik untuk di bawa ke akhirat.

Nenekku dikebumikan bersebelahan dengan arwah suaminya iaitu Tok Mat (Ahmad).

Sekian...!!

Wednesday, December 7, 2011

Presentation For Young Leaders Programme

Waaaa.... Terasa teramat apabila skarang ni aku jadi macam student.. huhuhu.. Kena study dan prepare for VIVA.. adoih,... Tu la duk kutuk student sangat... last2 aku yang kena jadi student balik.. huhuhu.. Tp apa leh wat.. Kena cuba loh..

Mesti korang tak faham kan.. Aku skarang ni kena wat slide presentation untuk Interview Young Leaders Programme under Bank Islam. Aku tak tau kenapa tp aku macam nak try habis-habisan..

Aku nak wat yang terbaik. Dengan guru yang aku ada. Aku cuba untuk melakukan yang terbaik. Huhuhu.. Cuma perlu masa yang begitu kuat la.. Okeylah.. Pray for me ok.. Mane tau.. ade rezeki leh jadi young leaders untuk Bank Islam...

Monday, December 5, 2011

Diriku Yang Tak Reti Duk Diam

Alhamdulillah. Skarang ni pelajar KYUEM dah bercuti. Makna kata kami (staff) bleh rehat seketika walaupun dalam keadaan bekerja. Makna kata takperlulah nak melayan karenah kanak2 riang di Kolej dan juga tak perlu nak senyum lebih2.

Tetapi, tanpa pelajar di KYUEM agak sunyi, tiada suara so-called-manglish. Takde suara jerit-jerit dan juga tiada gedik-gedik. Hehehe. Bukan mengata pada diorang. Tp biasa la. Namapun pelajar, setakat gedik skit-skit tu adalah perkara biasa. Lagipun diorang ni dalam lingkungan 17 - 19 tahun je. Bukan tua mana, yang tua tu kami ni ha, so-called-staff.

Kembali kepada tajuk diatas. Apa yang nak diceritakan ini adalah sabtu ahad yang kosong. Makna kata tiada program tiada kerja tiada apa yang boleh dibuat di Kolej ini. Oleh itu, aku dengan selamber badaknya memulakan jelajah aku dengan moto terbaru SYM Symphony 250i. Best wo jalan2 ngan moto. Lagi syok dari kereta. Sbb minat aku yang mendalam terhadap moto ni sehingga membelinya dengan RM 18,000++. Hehehe. Mesti korang kata aku bengong kan. Moto sanggup beli mahal2.

Sebelum korang cakap aku dah kene dah. Bos aku, colleague aku dan semua la kata aku ni gila. Diorang cakap baik aku beli kereta dari beli moto tu. Huh.. Aku dengan selamber badaknya menjawab "Aku rasakan bahawa tiada KEPERLUAN untuk aku membeli kereta itu". Dengan ELAUN yang aku ade ni. Takde maknenye aku nak beli kereta. Tak mampu. Minyak lagi, tol lagi, bulanan kereta lagi.. Huhu. Bek naik moto je. RM 20 minyak dari Tg Malim sampai ke Penang lepas kot. Aku dah try. Murah kan.

Aku duk cerita ni macam aku yang tak reti duk diam. Padahal aku nak cite asal cuti je. Kalau aku boring aku akan pergi merata2. Seperti kisahku yang kuceritakan dalam blog ini. Ntah mengapa sehingga hari ini. Aku masih buat style macam tu. Baru-baru ni aku naik moto sorang2 merentasi Felda di Selangor. Melalui Felda Gedangsar, Soeharto dan juga Tengi. huhuhu.. Baru ku tahu keadaan Felda sebenarnya macam mana.

Itulah kelebihan berjalan2. Ni tak, asyik2 shopping complex. Asyik2 shopping complex. Takde tempat lain ke? ni la orang kite (Padahal aku pun sama ja). Dari Felda aku meneruskan perjalananku ke Bestari Jaya (Formerly known as Batang Berjuntai) dan terus ke Kuala Selangor. Dulu aku ada cakap kat Fayad kalau aku gi sana aku nak lepak ngan dia. Tp time dia ada aku tak pergi pun. Time dia takdak yang aku pergi. Teruk kan aku. Maaf aku Fayad (tu pun kalau ang baca blog aku). Aku kat K.Selangor layan gak wayang Puss In The Boots. Tgk 3D kut.. Sorang-sorang. (Soheh kena cop gila). Ada aku kisah. hahaha..

Dalam pukul 9 Malam aku sampai semula di Lembah Beringin. hehehe. Keesokan harinya aku melepakkan diriku di rumah HERY MUNIANDI dan juga AFNIZAN MUNIANDI. hehe. Hery memang baik orangnya. Dia wat makan2 untuk aku yang bujang nih. Hehehe. Makan free, tunggu lagi. Sampai terus aku.

Pastu aku lalu kut blakang Bukit Beruntung ke Rasa. Dan seterusnya ke Tanjung Malim. Hehehe. Pastu balik Lembah Beringin. Syok gak berjalan sorang2. Aku menanam impian untuk berjalan ke Bukit Fraser. Sorang ke beramai2 ke tak kisah. Kalau sorang lagi senang kan.!.

Inilah kehidpanku yang tak reti duk diam.!!

Thursday, November 10, 2011

A Food For Thought Edisi Perdana Menteri Malaysia

Salam..!!!

Bende ni terlintas waktu aku raya kat rumah tok aku..!! Pak wan aku datang dan cakap kat aku pasal benda ni.. Dan ia amat interesting dan giler menarik..!! Secara tidak sengaja atau dirancang.. Kita pun tak tau..!!


Kita mulakan dengan Sedar tak korang Nama Perdana Menteri Malaysia seperti disusun..!! Secara tak langsung la kot..!!


Perdana Menteri Pertama Kita adalah Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

 Perdana Menteri Kedua adalah Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

Perdana Menteri Ketiga adalah Tun Hussein bin Dato' Onn 

Perdana Menteri Keempat adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Kelima adalah  Tun Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Keenam adalah Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak 

 Secara tidak langsung Senarai PM Malaysia
1. R - Rahman  
2. A - Abdul Razak 
3. H - Hussein
4. M - Mahathir
5. A - Abdullah
6. N - Najib 

RAHMAN...!!! Hehehehe... Tetibe je..!! hehehe..!! 
Amazing isnt it... Hahahahaha...

Just food for thought..!! Fikir2kan dan selamat beramal..!!!

Source of full name is from :
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia

Yang lain Original aku wat ek..!! Nice kan..!!

 

Tuesday, November 8, 2011

Hari Raya Haji dan Makan Makan Makan

Assalamualaikum..!!!
Salam Hormat dan salam sekian alam yang sewaktu dengannya..!!

Tajuk potpet aku pada hari ini ye adalah berkenaan dengan Hari Raya Haji atau Aidiladha.. Apa itu Aidiladha? Aidiladha adalah sambutan perayaan kepada umat Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Ia diraikan pada 10 Zulhijjah setiap tahun.. Bukan tahun Masihi tapi tahun Islam...

Aku ingat tarikh ini pada tahun lepas, Ayahandaku dan Ibundaku berada di Makkah, Arab Saudi. Mereka penuh bahagia menyambut Hari Raya Aidiladha di sana... Kerana apa? Kerana perayaan paling bahagia pada Aidiladha adalah di Makkah kerana pada waktu itu Ayahandaku dan Ibundaku sedang mengerjakan Haji.. Bukan "balun" (mengerjakan) Pak Haji ye.. tapi melaksanakan Rukun Islam...

Pada Tahun ini pula.. Secara bersederhana perayaan disambut lagi.. Seperti biasa.. Aku akan beraya di rumah Tok aku di Kampung Tersusun, Sungai Ara.. Bukan sebut nama "Ara" tapi memang namanya Sungai Ara. Btul2 terletak di sebelah Masjid.. Masjid tu tiap2 tahun akan korbankan lebih 10 ekor Lembu.. Wa.. sampai berlawan untuk "Menyiang" Lembu... Kat rumah Tok aku makanan usah dikata la.. Makan tak ingat dunia.. Kerja MAKAN MAKAN MAKAN dan terus MAKAN sampai senak perut... Yang paling aku banyak makan adalah Ketupat Pulut + Rendang + Aiskrim...

Pada blah petang seperti luar biasa.. (Maksudnya jarang dilakukan).. Pak Ngah aku merangkap wakil Sponsor Dato Pirdaus (Bekas Imam Masjid Negara) memberi sekor Lembu untuk dikorbankan.. Pada petang tu tunggu pa lagi.. Pakait2 Lapah la... Aku tumpang skali.. Tumpang tgk, angkat, tarik, lompat, senyum dan lain2.. 3/4 dari lembu itu kami agih-agihkan kepada penduduk kampung kerana itulah niat korban yang sebenar.. lagi 1/4 kami wat BBQ.. malam tu juga.... Sambil wat kerja aku MAKAN MAKAN MAKAN dan MAKAN lagi...

Nak dijadikan cerita.. Malam tu.. pas maghrib dan pas gayut.. Ehem ehem.. Aku menolong orang untuk barbeque kan daging tu.. Sampai hangit.. hahahaha... Luar masak dalam tak masak.. Adoi.. Sapa la wat ni... Aku tolong dalam 15 minit ja.. pastu masuk rumah jap... Dekat kusyen.. baik punye letak kepala..!! Sedaq2 Dalam 12 ++.. Tanya kak aku ada daging lagi tak.. Kak aku cakap abih dikorbankan dalam perut dah..!! Waaaa... Sedih... Takpala.. sambung tidoq...

Kesian kan kat aku.. tak dapat nak makan.. Waa.a.a.a.a.a.!! Akan ku tuntut di lain hari... Esok tu aku pun balik la.. Best wo balik.. Bawa moto ngan kelajuan 130km/j - 160km/j.. Al maklumla.. moto baru.. hehehe.. Bila lagi nak kuda kan.. Hehehehe..

Sekian... Apa tah aku merepek nih..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...