Alhamdulillah. Skarang ni pelajar KYUEM dah bercuti. Makna kata kami (staff) bleh rehat seketika walaupun dalam keadaan bekerja. Makna kata takperlulah nak melayan karenah kanak2 riang di Kolej dan juga tak perlu nak senyum lebih2.
Tetapi, tanpa pelajar di KYUEM agak sunyi, tiada suara so-called-manglish. Takde suara jerit-jerit dan juga tiada gedik-gedik. Hehehe. Bukan mengata pada diorang. Tp biasa la. Namapun pelajar, setakat gedik skit-skit tu adalah perkara biasa. Lagipun diorang ni dalam lingkungan 17 - 19 tahun je. Bukan tua mana, yang tua tu kami ni ha, so-called-staff.
Kembali kepada tajuk diatas. Apa yang nak diceritakan ini adalah sabtu ahad yang kosong. Makna kata tiada program tiada kerja tiada apa yang boleh dibuat di Kolej ini. Oleh itu, aku dengan selamber badaknya memulakan jelajah aku dengan moto terbaru SYM Symphony 250i. Best wo jalan2 ngan moto. Lagi syok dari kereta. Sbb minat aku yang mendalam terhadap moto ni sehingga membelinya dengan RM 18,000++. Hehehe. Mesti korang kata aku bengong kan. Moto sanggup beli mahal2.
Sebelum korang cakap aku dah kene dah. Bos aku, colleague aku dan semua la kata aku ni gila. Diorang cakap baik aku beli kereta dari beli moto tu. Huh.. Aku dengan selamber badaknya menjawab "Aku rasakan bahawa tiada KEPERLUAN untuk aku membeli kereta itu". Dengan ELAUN yang aku ade ni. Takde maknenye aku nak beli kereta. Tak mampu. Minyak lagi, tol lagi, bulanan kereta lagi.. Huhu. Bek naik moto je. RM 20 minyak dari Tg Malim sampai ke Penang lepas kot. Aku dah try. Murah kan.
Aku duk cerita ni macam aku yang tak reti duk diam. Padahal aku nak cite asal cuti je. Kalau aku boring aku akan pergi merata2. Seperti kisahku yang kuceritakan dalam blog ini. Ntah mengapa sehingga hari ini. Aku masih buat style macam tu. Baru-baru ni aku naik moto sorang2 merentasi Felda di Selangor. Melalui Felda Gedangsar, Soeharto dan juga Tengi. huhuhu.. Baru ku tahu keadaan Felda sebenarnya macam mana.
Itulah kelebihan berjalan2. Ni tak, asyik2 shopping complex. Asyik2 shopping complex. Takde tempat lain ke? ni la orang kite (Padahal aku pun sama ja). Dari Felda aku meneruskan perjalananku ke Bestari Jaya (Formerly known as Batang Berjuntai) dan terus ke Kuala Selangor. Dulu aku ada cakap kat Fayad kalau aku gi sana aku nak lepak ngan dia. Tp time dia ada aku tak pergi pun. Time dia takdak yang aku pergi. Teruk kan aku. Maaf aku Fayad (tu pun kalau ang baca blog aku). Aku kat K.Selangor layan gak wayang Puss In The Boots. Tgk 3D kut.. Sorang-sorang. (Soheh kena cop gila). Ada aku kisah. hahaha..
Dalam pukul 9 Malam aku sampai semula di Lembah Beringin. hehehe. Keesokan harinya aku melepakkan diriku di rumah HERY MUNIANDI dan juga AFNIZAN MUNIANDI. hehe. Hery memang baik orangnya. Dia wat makan2 untuk aku yang bujang nih. Hehehe. Makan free, tunggu lagi. Sampai terus aku.
Pastu aku lalu kut blakang Bukit Beruntung ke Rasa. Dan seterusnya ke Tanjung Malim. Hehehe. Pastu balik Lembah Beringin. Syok gak berjalan sorang2. Aku menanam impian untuk berjalan ke Bukit Fraser. Sorang ke beramai2 ke tak kisah. Kalau sorang lagi senang kan.!.
Inilah kehidpanku yang tak reti duk diam.!!
student cuti, boleh lah conquer mph.
ReplyDeleteconquer mph watpe. baik conquer swimming pool...
ReplyDelete