The Followers..!!

Thursday, July 12, 2012

Kisah Hidupku (Part 6)

Assalamualaikum Kalian semua..

Kejap je kan masa berlalu.. Sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah. Dan pada tahun ni aku akan sambut ramadhan di tengah metropolitan ni. Ntah la rasa macam mana. Nak buka puasa tu la. Hehehe.

So kali ni entry aku nak stoly moly skit pasal zaman aku skolah dulu. Its just a walk of life. Especially waktu SPM dulu. hehehehe.

FORM 5 aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth (SMKDOB) begitu mengujakan (excited) hahaha. Sebabnye macam2 pengalaman aku disana yang tak mampu nak diungkapkan dengan kata2 mahupun nyanyian sumbangsih.

Aku ni bdak ambil Lukisan Kejuruteraan. So masa form 4 kami bdak2 LK 1 kelas ja. tp bila masuk form 5 kami digabungkan dengan bdak IT. Makna kata makin meriah la kelas tu kan. Hahahaha. Lagi ramai pompuan (wiwwwiitttt). Masa form 4 ada 4 orang ja kot pompuan. Takdak semangat langsung. Hahahaha.

A year of thrilling and adventure. Antara yang paling aku ingat time form 5 ni la kan.

1. Baru nak blajar Math Tamb btul2 sbb masa form 4 haram tak tau apa. 
2. Mula semangat nak blajaq sebab ada ramai pompuan.
3. Baru tau kimia dan fizik tu apa. (tapi dah terlambat)
4. Aktif gila ngan olahraga (sampai masuk wakil zon kot) sukan lain seperti hoki, bola baling (walaupun kebanyakannya simpanan ja).
5. Aktif gila ngan pengakap sampai jadi penolong ketua. Aktif gila kot. Masuk kawad kaki sampai peringkat negeri. Tp no 4. Teruk kot. Dulu masa form 3 dapat no 2. Adoih. Dah nasib kan. takdak rezeki nak wat camna.
6. Kejadian eksiden kaki yang mengubah segala hidupku. Patah tulang di betis. Aku bertongkat begitu lama di dalam sekolah. Tp tu pengalaman la kan. hihihi.
7. Moto 125z hilang di komtar time buka posa. Merana aku time tu. Huhu. Moto yang sama eksiden.
8. Tgk member aku bergaduh ngan member aku di dalam sekolah. Macam lawak ada.
9. SPM la apew lagi. Hahaha.

Cerita sal SPM ni kadang2 lawak la gak bila nak fikir balik. Cam tak caya ja aku ambil SPM dengan jayanya dan result tak segempak mana tp Alhamdulillah aku bersyukur.

Paper time SPM yang paling aku target utk dapat A adalah Lukisan Kejuruteraan (LK), Math Moden dan Pendidikan Islam. Dan apa yang aku target tu semua aku dapat A1. Yang lain wal punnah wal ghannah. Hahaha. Especially kimia. Sebabnya, esok nak exam, haritu baru pergi rumah cikgu study kimia. Cam bangang ja kan. Dan hari tu gak baru tau skit2 pasal kimia. 

Bab fizik dan kimia ni toksah duk habaq la. Aku memang wat SPM cam kartun. Semua aku tembak pakai machine gun, hahaha. Yang ada kena wat eksperimen tu lagi la tak leh blah. Aku tembak semua wat eksperimen sendiri. Ntah haram tak kena mengena. Tp yang aku tak leh lupa pasal KIMIA la. Paper 3 tu tajuk ESTER. Aku leh ingat benda tu sampai skarang sbb aku buka ja soalan aku jumpa gambar buah.Time tu aku duk pikiaq apa aku nak wat nih. Tajuk mana nih. Menatang apa ni??? truih aku wat eksperimen sendiri. Guna segala alat radas yang aku ingat. Hahahaha.

Pasal fizik pun sama la. Memang aku tak tau apa langsung. Nak jadi cerita bila keluar result Kimia aku dapat 7 fizik aku dapat 6. Hahahaha. Sadis tui. Memang kena reject la nak jadi Engineer. Tp tuhan tu maha kaya. Tu yang aku dapat kos akaun. Hehehe.

Yang pendidikan Islam plak bkan aku nak kata aku cam ustaz ka apa sampai leh dapat A1. Tp semuanya kerana ustazah aku. Dia ajak PI cara rumus. Memang wat aku dapat A1 truih. Memang lain dari lain. Sampai mudah aku nak menjawab. Segala hukum tajwid aku tau time tu. Skarang ni banyak lupa. Makan semut banyak kot.

Subjek2 lain alhamdulillah. Range 3-4 la semua. Math Tambahan yang susah pun leh dapat 4. Kira okeyla. 
Masa keluar result tu aku amat-amat bersyukur sbb aku tak failed. Dan aku antara yang ok la dalam kelas tu.

Tu la sedikit sebanyak pasal aku dan SPM. Kisah cintan cintun ni ada la skit2 time form 5. Sampai eksiden patah kaki tu sbb nak pi dating la tuh. Tuhan marah. Hahaha. Eksiden tu banyak bagi manfaat kat aku. Banyak menukar aku menjadi orang dari menjadi binatang. A good reminder from God Almighty Allah s.w.t.

Nanti aku sambung cerita hal pas SPM aku ek.!!








No comments:

Post a Comment

Kalau Dah Bace Tu Ape Lagi... Komen La.!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...