The Followers..!!

Tuesday, September 27, 2011

Tak Boleh Kawin Gadis Sekampung

Aku dah dengar cite ni lame dah... Dulu jadi isu lebat.. Seorang lelaki mengeluarkan satu pernyataan iaitu 

LELAKI TIDAK BOLEH / HARAM SAMA SEKALI UNTUK BERKAHWIN DENGAN GADIS SEKAMPUNG

Gambar Hiasan
Lelaki itu membuatkan semua orang bingung. Lalu perdebatan bermula. Lelaki itu dengan bersungguh-sungguh cakap Fatwa dah lama keluar. Dalam Islam pun tak boleh. Lelaki tak boleh kawin gadis sekampung. Memang habis jadi porak poranda.

Ustaz yang ada disitu pun bingung mana fatwa dikeluarkan. Hadis mana yang dipakai dan sebagainya. Bergaduh habih.

Lelaki tu tau semua orang akan pening. Dan semua orang akan menjadi masalah. Die dengan selambernye cakap..


GILA KA APA NAK KAWIN GADIS SEKAMPUNG?? LAKI BLEH KAWIN 4 ORANG JA. MANA BLEH KAWIN GADIS SATU KAMPUNG. HARAM. BTUL LA FATWA JAKIM TU.


Memang la bangang.. Semua belasah mamat tu.. Hahahaha.. Aku bkan apa. Dulu aku ingat Mat Komando dan member aku sorang ni duk wat teka teki pasal benda nih.. Aku pun punya la jawab.. Last2 jawapan bodoh.. Cilakoi toi.

Sekadar Perkongsian... Ppppeeeeerrrrgggghhh..!!!


Ketika Blan Oktober Semakin Menjelma

Asssalamualaikum Dan Salam Sejahtera...!!!

Orange
Blan Oktober semakin menjelma.. aku rasa macam semakin panas plak punggung aku nih... Adoi... Dulu.. waktu memikirkan blan 10... terutama awal blan... tak senang aku... merana... Kalau kat europe (mcm aku penah gi je), blan 10 ni halloween la.. tp kite tak layan bende2 khurafat nih... cume teringat zaman kat U dulu... Time Diploma takut kat Si Aizat... Time Degree takut kat Hery dan Mat Keng... adoih... 

Tp aku tak tau kenapa.. time aku kerja ni pun still takut... hahahaha.. Sbb apa.. maleh la aku nak cerita.. Rujuk link Prank Tak Jadi.... Alhamdulillah.. tahun lepas aku tak kena... sbb apa.. tanya la Si Karipap.. hahahah... Selamat aku.. hehehe...

Aku takde la nak stoly moly sgt.. hmmm.. Cume aku pelik gak blan ni.. Aku diserang 2 human yang agak pelik... 1st skali... Housemate baru aku... Die leh plak baca blog aku.. Yang bestnye die cakap dah khatam.. Hampeh tul.. Segan aku jadinya.. Adoih... Yang kedua.. Bos aku panggil aku masuk bilik dia.. pastu cakap... "Rasyaik, ang cerita kat blog noh apa yang aku cakap" Aku pun ckp dlm hati "what the smurfing???"... Bos aku ni pun baca blog aku...

Sah2 aku dah bengong.. tak leh nih... aku kena ubah... Start dari aritu.. aku dah edit setting.. so far aku dah tak expose untuk Google search aku... selamat aku.. at least.. dia privatize la skit... So.. aku hanya akan expose dalam fb aku je.. 

Setelah 23 tahun aku hidup dalam dunia nih... banyak halangan dan cabaran yang aku hadapi.. susah senang... hmmm.. CINTA -> ada yang mengatakan aku dah tak kenal erti ini.. Aku diam seketika... hmmmm.. .. siapakah yang aku Cinta..!!! Biarlah aku simpan dalam hati ini... kerna hati ini lebih memahami...

Apa da cite sal Cinta.. hahaha.. Tukaq topiq.. Hehehe.. Its have been  a wonderful since I work here... I have experienced and participated a lot of activities and program... Teringat satu benda yang aku takkan lupa dalam hidup aku.. Aku menang pertandingan Bowling antara Staf KYUEM... hehehe.. Dah la menang group.. Dapat plak Hadiah best bowler... Huhuhu.. Senyum sorang2... dengan jatuhan pin sebanyak :
FRAME 1  = 16X (x tu aku lupa)
FRAME 2 =  148
FRAME 3 = 190

 


Aku dan En Fauzi
Apa2 pun aku syukur apa yang ada.. Dah lama aku berusaha.. Akhirnya tuhan bagi.. Excellence come with pain..!!

Okeylah.. Thats All from me.. Minggu ni aku nak balik.. Nak berehat.. Cuti hari Isnin... hehehe.. Take Care Everyone..

Bagi yang ngah Final Exam Skarang.. InsyaAllah aku doakan korang berjaya.. Dapat jawab ngan tenang dan gembira.. All the best..

Tuesday, September 20, 2011

Tawaran Biasiswa Di Bawah Skim Tenaga Pengajar Muda

Assalamualaikum...

Hurm.... Baru2 ni sedang aku asyik bekerja dengan jayanya... Aku disedarkan dengan bunyi deringan telefon... Pabila ku lihat telefonku itu, ternyata ia adalah panggilan dari ayahku..

Aku menjawab dengan salam lalu ayahku menyampaikan satu berita untukku iaitu aku telah menerima TAWARAN BERSYARAT BIASISWA DI BAWAH SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA dari UiTM.. Wahh... Dasat tul.. tak sangka aku yang selamber badaks ni leh dapat.. Ingat lagi time interview.. Rase macam tak dapat dah.. tp last2 dapat gak.. Adoi...

Orang lain kalau dapat mesti rasa sronok.. YEEEHAAA..!!!.. tp aku... tak seronok malah membuntukan hidupku... Sedikit sebanyak menambahkan kekusutan hidupku... Ade orang cakap.. "ko fikir ape.?? orang bayar ko ambil master.. Ko pergi je la"... orang lain plak cakap "ko kan JPA scholar, mana leh ambil" orang lain lagi "Nanti jadi lecturer bagus.. keje senang.." orang lain lagi cakap "you will waste 7 years + 2 years just to be lecturer where as you can be a manager within that years.."

So aku buat la penilaian secukupnya.. adakah aku ingin jadi pensyarah mahupun ahli korporat. Hmmmm... Kalau jadi pensyarah amat susah untuk sertai korporat.. Tp menjadi ahli korporat mudah untuk jadi pensyarah.. Jadi pensyarah kompem dah selamat sbb kerajaan.. tp ahli korporat blum tentu..

Fikir punya fikir.. Aku dah wat keputusan.. Aku akan ikut perancangan awal aku iaitu bekerja selama 3 tahun untuk experience then get a master.... With or without any scholarship..!!
Itu keputusanku... lantak apa nak jadi..!!

Monday, September 12, 2011

Hujan & Banjir Di Arau..

Salam...
Aku rasa dah penah aku post pasal hujan dan banjir kat Arau ni..

Kesian pun ada. Terharu pun ada. Nak tergelak pun ada. Banjir la katakan..

Cukup la 2 kali pengalaman banjir dari Arau.. Aku cuma nak bt sedikit info yang leh tolong junior2 bile banjir.. Tu pun kalau UiTM Perlis takde air...

Ni ikut pengalaman aku sepanjang karier kat sana la..

1. Jangan duk wat brani nak redah air guna moto atau kreta.. Kalau agak2 kaya nak repair kenderaan tu. Sila la masuk.. leh jadi submarine.. Hahahaha... Pas sangkut.. tolak la sendiri..

2. Beli/simpan/curi air paip/masak sebanyak yang bleh dan simpan dalam bilik. Jangan simpan dalam bilik air. kompem orang kebas.. Bkan apa.. Setakat tak mandi takdak masalah.. tp kalau nak uhuk2.. kes naya beb..

3. Jadi pemancing ketegar.. G memancing.. jangan bawa joran mancing ja.. pa barang.. time2 ni orang bawa jala truih.. baru best.. nampak style... hahahaha...

4. Nak larang tak leh.. tp aku tau.. kompem mesti ada yang nak mandi, redah, menyelam ngan air banjir tu.. Sila la.. pastu jangan lupa mandi air biasa balik.. kang dapat penyakit macam2.. ramai2 pi UK.. Kasi bangunan tu roboh.. Jangan lupa noh..

5. DUIT di ATM... pi ambil sebanyak yang bleh.. sbb aftermath selepas banjir amat menyakitkan hati.. Cuba bayang.. ada 20 sen.. nak pi ATM.. kena beratur panjang.. sampai 3 jam.. duk ja dpn ATM tu tertulis "Duit Dah Abih, Padan Muka Ang".. Mau gila jadinya.. Zaman aku diploma dulu takpala makanan mkn kt dining.. kompem ada.. tp skarang semua kna beli..

6. Jangan duk pakai perfume banyak sampai berlebihan.. Orang leh tau ampa tak mandi p klas.. pakai biasa2 dah la.. ala2 kadar.. janji busuk tak mandi tu leh cover cukup la.. hehehe...

7. Selalunya HEP ni baik hati.. ada ja bantuan makanan sampai.. Hehehe. Apa kata kalau ampa tunggu announcement dari MPP.. hehehe.. Leh dapat makanan free..hahaha.. Wat muka tak malu dah la... Aritu dapat duit Raya sorang RM10 kan.. so tunggu ja..

8. Kalau bleh bagi aku.. Ampa toksah duk balik rumah.. Memang la rumah ada segalanya dan yang penting TAK BANJIR.. tp masalahnya plak.. Final tak lama dah.. takut ampa leh balik.. tp nak mai balik tak bleh.. itu masalah besq tu.. Takkan nak extend sbb banjir weh.. Jangan jadi sakai..

9. Sentiasa study.. dan jangan jadikan alasan banjir tak leh study.. jangan jadi mamat yang tulis blog ni.. wat ayat sedih jumpa lecturer.. last2 lecturer tu gelakkan dia ja.. padan muka.. hahaha..


Cukup la kot 9 benda nih.. lebih2 bkan korang nak baca.. tgk pun tak... Apa2pun aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

1. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

2. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN SELAMAT HARI MALAYSIA

3. SELAMAT MENEMPUH UJIAN PEPERIKSAAN AKHIR (FINAL) PADA SEMUA PELAJAR UiTM. SEMOGA MEMPEROLEHI KEPUTUSAN CEMERLANG. INSYAALLAH..

p/s : - tips aku blajar leh tgk nih http://rasyaik.blogspot.com/2010/10/pengisytiharan-perang.html

Thursday, August 25, 2011

Idolaku Sewaktu di Universiti.!!



Assalamualaikum...!!!
Salam Hormat...!!!
Salam Sejahtera...!!!
Salam Ramadhan Al-Mubarak...!!!
Salam Selamat Hari Raya..!!!

Hari ini aku ingin berbicara tentang idolaku sewaktu di Universiti. Kenapa ingin ku perkatakan tentang itu kerana dari idolaku inilah aku mendapat ilham dan menjadi seseorang seperti sekarang.

Pada ketika di Universiti, aku tidak mempunyai seorang sahaja IDOL. Tetapi banyak. Akanku perjelaskan satu demi satu tentang Idolaku tentang mengapa dia dipilih dan apa jasanya yang dilakukan kepada universiti.

  • Idolaku dalam Akademik
Nama beliau terpaksa dirahsiakan kerana mungkin apa yang aku sebutkan ini akan menyinggung perasaannya. Orang yang dimaksudkan adalah mempunyai ciri yang selalu failed dan repeat paper. Tetapi beliau akhirnya lulus dan mendapat segulung diploma mahupun Ijazah. Aku menjadikan beliau sebagai Idola dalam akademik
kerana ketabahan beliau, kesungguhan beliau dan keiltizaman beliau dalam mendapatkan diploma. Aku memilih beliau kerana aku lihat kuat sedangkan beliau tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan masih boleh memiliki diploma sedangkan aku yang cemerlang sedikit merasakan kepayahan. Oleh itu, aku cuba menggunakan daya kerjaku, fikiranku, inovasiku dalam mencapai lebih dari apa yang beliau capai. Bkan aku melihat cara beliau belajar tp aku melihat cara beliau menangani tekanan akademik. Perkara inilah yang telah membuatkan ku melakar kejayaan sehingga memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Rujuk link Kejayaanku ini.

  • Idola dalam Sukan
Idola ku dalam sukan ialah sipulan bin sipulan (lupa nama da.) Kali ini aku menjadikan beliau sebagai idola adalah kerana keazaman beliau dalam ingin bersukan. Beliau bukanlah atlet mahupun memiliki stamina yang kuat. Beliau juga tidak mewakili mana2 kumpulan tetapi beliau sentiasa ingin mencuba. Beliau berusaha untuk menguatkan diri dan cuba untuk mencabar orang yang lebih kuat sedangkan beliau tahu kemampuan beliau hanyalah kecil. Semangat ini lah aku jadikan idolaku. Berdasarkan beliaulah aku mencuba pelbagai sukan yang boleh diceburi bagi memberikan aku satu pengalaman. Disitulah aku pelajari semangat sepasukan. Aku berpengalaman dalam menjadi pasukan kalah, kalah dan terus kalah. Kadang-kadang je menang. Tak mengapa bagi diriku kerana aku puas dalam mendapat peluang untuk bersukan.

  • Idola dalam Pengurusan (Management)
Kali ini terus terang aku menyatakan bahawa idola pengurusan terbaik bagi aku datangnya dari En Zailuddin Ariffin. Seorang pensyarah Kimia yang begitu dikagumi. Aku sempat berkhidmat dengan beliau dan bersama beliau sewaktu diriku menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan juga Pembantu Minggu Mesra Siswa. Memang kadang2 keputusan yang dilakukannya agak tidak disenangi tetapi kalau diikutkan ada kebaikannya. Tegas dan berani dalam melaksanakan sesuatu perkara. Walaupun beliau tidak menjadi FEVERET dalam semua orang tp kita kena ingat, Semua yang dirancang berjalan lancar dan menjadi satu contoh bagi semua orang. Bak kata Ahli perniagaan, "U will be a good leader when everyone dont like u". Oleh sebab itulah aku cuba menjadi seperti beliau. Tp sampai sekarang aku masih gagal. Alhamdulillah waktu aku kerja pun aku dapat bos sebiji macam beliau. Executor punya style. Kalau diorang nak sesuatu, pasti ia akan dilakukan.
  • Idola dalam Komander
Idola aku yang ni tak lain tak bukan Mohd Yassir Bin Kamil. Seorang yang sama batch denganku tetapi memiliki perwatakan yang hebat. Beliau cemerlang dalam akademik dan juga cemerlang dalam Kokurikulum iaitu KOMANDER KESATRIA. Beliau adalah merupakan Komander Kanan (Ketua segala komander) di UiTM Perlis pada ketika itu. Aku pernah berkhidmat dibawah rejim beliau. Sungguh terbuka dan menarik cara pengurusan beliau. Aku cuba untuk menyaingi beliau dalam cara2 lain tp masih gagal. Akhirnya aku bekerjasama dengan beliau. Aku memang berbangga mempunyai Idola seperti beliau.


Ni la serba sedikit tentang Idolaku di Universiti iaitu UiTM Perlis. Apa kata kalian pembaca sama2 menulis tentang idola dirimu dan berkongsi di blog ini. Kita lihat sama-sama idola yang kita sanjungi dan juga idola yang kita ingin cabar untuk menjadi lebih hebat dari idola kita.

Sekian, Terima Kasih..!!

RAPLA JINGGA BLEYH..!!

Wednesday, August 24, 2011

Balik Kampung.. Edisi Raya la Pulak..!!

Balik kampung???
Bila??? Kat mana?? Dengan apa??? Dengan Siapa???



Persoalan itu timbul apabila nak raya. Di saat ini sudah ada yang balik raya dah. Apa bleh wat. Disini aku cuma nak pesan kepada diri aku dan rakan2 tentang tatacara nak balik raya secara aman dan selamat...

1. Beli tiket bas, keretapi, kapal terbang, basikal, motosikal dan sewaktu dengannya awal2 dan pilih kenderaan yang cun dan comel.. Hahaha.. Sapa takdak tiket, cari alternatif lain.. sapa ada tiket lebih.. jual la kat member... kesian... Dont buy from ulat tiket... U know what will happen right..!! its your call.!!

2. Sapa naik kenderaan sendiri - pastikan kenderaan anda diservis tip top.. kasi mantap beb.. cuci kasi kilat bagi nampak muka balik... balik raya nanti.. leh tunjuk kat awek cun... (yg dah ada awek tak leh tunjuk.. nanti kena pang!!).. Servis dengan balang oliginal.. Dont save budget but save ur life..!!

3. Jangan bawa laju2 sangat.. stakat 150 - 160km/j tu okey la.. Hahahaha.. ingat orang tersayang.. yang berada dirumah, direban, dikandang mahupun dimana ia berada... Bawa tu berpada2... ikut pada tempat.. jalan kampung bawa la slow.. highway tu okey la gak.. so.. dont drink and drive kay..!!

4. Baca doa sebelum memulakan perjalanan.. Jangan tau doa cepat kaya ja.. doa keselamatan itu penting.. tak kira naik kenderaan awam ataupun kenderaan peribadi... BACA DOA..!! Moga Allah permudahkan perjalanan kita hendaknya..!! InsyaAllah..!!

5. Sapa naik kenderaan awam.. Habaq semua orang kampung, orang daerah, satu mukim yang ampa dah nak balik.. Baru meriah.. orang sambut ngan pelita, tombak, panah.. Hahahaha.. Yang penting family la.. At least diorang tahu korang dah nak balik.. Bagitau tarikh.. bila naik kenderaan awam tu.. bila agak2 sampai..

6. Sewaktu perjalanan, jangan duk drive sampai 25 jam tanpa henti.. punya la banyak tempat rehat.. berhenti la sat.. tak lama mana pun.. 30 minit memadai... Kalau malam.. leh la makan... tibai nescafe tarik panas2.. kopi ka.. cicah ngan roti.. ermm.. sedap... tp kalau siang.. jangan duk wat pasai.. kang pang..!! kena ngan orang tersayang.. hahahaha...

7. Jalan akan selalu jem.. (bkan jem cicah roti) tp traffic jam.. Sebab semua nak balik raya.. Terutama Highway PLUS, jalan ke KELANTAN... paham2 la.. semua nak balik.. tp mau sabaq.. blan posa kena sabaq.. bawa bertendang.. hiburkan diri anda dengan dendangan lagu raya... Jangan menangis plak.. kang orang lain tgk pe hal plak dia nih...

8. Sentiasa sediakan duit lebih dalam poket.. bkan apa.. kita tak tau apa akan jadi.. mungkin kita akan perlukan duit itu nanti.. takyah la bawak cek.. mampuih orang lain nak cheque in nanti.. bawa duit pun tak perlu sampai RM5,000.. ala2 kadar ja..

9. Pack barang sebelum gerak.. pack cukup2.. wat list betul2 sebelum nak balik raya.. kang tertinggal nu.. tertinggal ni.. tak sronok nak raya.. kalau bleh... sediakan sehari awal.. baru layan feel nak raya... haahha... Dan sapa yang dah ada anak pinak... dalam list tu jangan lupa anak.. kang nanti semua bawa balik.. tp anak tertinggal baik punya kat rumah.. hahaha...

Tu la serba sedikit pasal tatatertib balik raya yang bleh dikongsi, diteladani dan ditelan beramai2.. semoga semua perjalanan pergi dan pulang selamat hendaknya...
Kirim salam kat family semua ye apabila dah sampai.. Cakap Abg Comey Rasyaik kim salam.. (jangan muntah na..!!)

Sapa2 agak2 duk plan nak raya.. mai la rumah aku.. Tgk post aku tahun lepas di Rumahku Syurgaku Edisi Raya la Plak

Setakat itu sahaja.. Taking Care.. Always look beautiful kay..!! Senyum Sokmo..
Assalamualaikum..!!


Copy from above link.!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...