The Followers..!!

Wednesday, July 6, 2011

Design Baru

Salam... Hehehe...

Sebenarnya takde la keje sangat.. saje la..
Keletihan balikd ari genting masih terasa (Padahal sronok nak mampus)

Nanti la aku cite pasal genting nih...

Aku nak cite kat sini pasal aku dah update design.. Saje la takde keje.. jeles ngan blog orang lain (ngaku lebih baik dari tipu).. hehehe... Take a look around and tell me whether this blog is okay or not... hehehehe...

Thanks..!!!

Wednesday, June 15, 2011

Selamat Hari Jadi Ibuku..!!


Assalamualaikum...
Salam Hormat.. Salam Sejahtera... Dan Salam Satu Malaysia...

Terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca tetap yang masih setia menanti coretan blog ni yang ntah apa2. Di masa yang sama... Terima kasih kerana menanti blog ini untuk dikemaskini.. Walaupun tau jarang dikemaskinikan oleh faktor kerja yang menukar masa percuma saya...

Tajuk yang dibincangkan pada hari ini adalah mengenai ulang tahun kelahiran seorang pejuang yang di sayangi, di cintai dan amat dihormati oleh saya iaitu Ibu saya Kasmah Bt Ahmad. Disini saya ingin menyampaikan sedikit nukilan sajak buat ibuku tercinta..

Ibuku...
Seorang Pejuang Yang Datang Dari Pulau Pinang..
Pejuang yang sanggup mengorbankan apa saja untuk anaknya..
Memberikan kebahagiaan kepada anak-anaknya tanpa mengira penat lelah..
Mendoakan keredhaan dari Allah untuk anak-anaknya..

Ibuku...
Namamu Kasmah cukup indah...
Dipenuhi keindahan bunga dan mentari...
Menyinari saat-saat dan detik waktuku..
Dalam menjadikan anaknya seorang pejuang...

Ibuku...
Pengorbananmu dalam hidup...
Tiada ternilai untuk ku balaskan..
Tiada rupa secantik sepertimu...
Tiada apa yg mampu menggantimu..

Ibuku...
Aku bersyukur kehadrat Ilahi...
Diatas pemberianNya kepadaku...
Aku juga berterima kasih kepadamu Ya Allah...
Diatas pemberian keluarga harmoni buatku..

Ibuku...
Yang telah menjagaku dari kecil hingga hari ini..
Yang sentiasa mendoakan kejayaan ku...
Yang selalu memberi nasihat kepadaku...
Yang selalu berada denganku ketika senang dan susahku...

Ibuku...
Aku menangis tatkala aku mengingatimu..
Aku bersalah diatas kenakalanku...
Aku berdosa diatas perbuatanku...
Aku selalu menyakitimu...

Ibuku...
Maafkan segala kesalahanku...
Yang telah memporak perandakan hidupmu..
Yang telah membuat kau menangis..
Yang telah membuat kau bersedih...

Ibuku...
Aku berdoa kepada Allah...
Agar engkau dan keluarga kita diredhaiNya..
Agar engkau berbahagia sentiasa..
Agar engkau gembira disampingku..

Ibuku..
Sempena dengan hari kelahiranmu...
Inginku berikan seribu senyuman...
Inginku berikan seribu kebahagiaan..
Semoga engkau berbahagia selalu...
Segala pencapaianku ini.. Aku Hadiahkan untukmu Ibuku..

KERANA ENGKAULAH IBUKU YANG KUCINTAI DAN KUSANJUNGI..

Sekian.. Terima Kasih..

SESUNGGUHNYA... SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU..


Tuesday, June 7, 2011

Kem OC di Wang Burma 2011


Salam..
Gud Morning (sapa baca waktu pagi)
Gud Afternoon (sapa baca waktu tengahari)
Gud Evening (sapa baca waktu petang dan malam)


Huhuhuh.. Aku ni lambat skit update... So ini adalah ruangan sambungan untuk Kem OC di Wang Burma 2011.. Kem ni wat kat Wang Burma, Taman Negeri Perlis. Kat wang kelian je. Jarak dari UiTM Perlis lebih kurang 50km gak la...

Sebenarnya.. program ni wat time aku konvo. Aku menumpang sekali la kem tu.. Bkan wat apa pun.. tp bersama ngan geng2 OC.. Nak wat camna.. semangat OC tu masih kuat.. Takda sapa pun leh ganti semangat nih. Berkobar-kobar tu...

Kem ni adalah satu tujuan iaitu mencapai kesatuan ummah sewaktu bekerja. Biar apa jua halangan menimpa. OC mesti bersatu. "Biarla kisah lama menjadi sempadan. Biar kisah baru menjadi sasaran."

Tgk la sedikit sebanyak gambar2 aku kat kem..!!



Barisan YDP MPP 3 Zaman. Sapa paling cerah???

Ni la semua peserta + AJK Kursus Wang Burma



Geng2 Akaun + Artis tak dijemput Dalam gambar

Muke Mengantuk giler.. Hahahaha..

Ni gambar Semua Peserta Yang Terlibat

Gambar Barisan Fasilitator yang membantu kursus ni


Gambar AJK + Peserta. hehehe.. Sampingan Jer


Program kami wat adalah 3 hari dan 2 malam... Tak silap aku.. blur... Antara aktiviti kat sana... adalah masuk gua wang burma.. survival.. bersama JPAM.. malam kebudayaan dan juga night walk.. simple jew tp bermakna... Sbb kita nak banyak masukkan ilmu dan semangat dari aktiviti yang banyak tp kosong...

Kira ok la... Kalau ikut kire nak je jadi OC lagi untuk kali yang ke 10. Tp rezeki takde.. Hanya dapat mengekalkan untuk ke 9 sahaja.. Hmmm.. Kenangan tetap kenangan... Takde sape leh ganti kenangan ni.. Huhuhu... Ape2pun... Minggu MDS dah berlalu.. dan diorang dah berjaya sejayanya.. mengikut jejak langkah senior...

Semoga diorang akan terus berjaya hingga ke akhir hayat...

OC TERBAEK...!!!


Saturday, May 21, 2011

Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)


Salam..
Gud Morning (sapa baca waktu pagi)
Gud Afternoon (sapa baca waktu tengahari)
Gud Evening (sapa baca waktu petang dan malam)

Pe kabo semua.. kembali aku pada hari ini... setelah seming
gu bercuti di UiTM Perlis bagi meraikan Majlis Konvokesyenku yang kali kedua.. (Pertama time diploma)...


Alhamdulillah... after 2 and half years.. i have made it... Susah payah... penat lelah... sakit badan.. sakit keringat.. sakit otak, mental, emosi dan macam2 dalam
mencapai title degree holder...


It is not an easy task.. but by hook or by crook... i have made it... Dulu.. time lepas result SPM... aku tak penah terfikir nak dapat ijazah ni pun.. Ijajah pun bum tentu.. tp ni la ketentuan Allah... Akhirnya dapat gak...

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu menyiapkan assignment.. study same2... dan macam2 lagi.. korang la pemberi semangat kepadaku... Thanks everyone...
Not to forget my lecturers... Their given me their knowledge, help, guide me... aah... i dont know how to 'balas' them for all the things they given to me... Appreciate sgt... hehehe...

Not to forget... my love... Abah and Mak... yg bersusah payah memberi semangat..
didikan awal yang cukup bermakna...!! Thanks all..!! I have achieved beyond my imagination...

Terkezut gak.. dapat result keseluruhan CGPA 3.66... tak sangka dapat First Class..!! huhu.. macam nak nangis... walaupun tak dapat ANC sbb last sem dapat 3.47.. (Skit je lagi)... tp still syukur.. Allah tahu apa baik buruknya.. Terima sahaja...



Bagi adik2ku yang masih berjuang... Teruskan semangatmu.. jangan putus asa.. ingat harapan Ibu bapa, Saudara mara, Rakan, Guru dan semua.. Aku pun bkan org pandai... dapat SPM 3A ja pun.. tp berkat usaha la yang merubah cara hidupku..!! thanks everyone...!!

Aku bersama Ayahku






Bersama Ibuku dan Kakakku..







Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu...!!

Salam... Ape kabor semua....

Hmmm... Pada pagi kelmarin... Sedang tgk tv sebelum gi kerja... Tgk Tv3. MHI...
Tajuknye Hari Ibu.... Aku tetibe sebak... Sedih... Dan Rasa rindu kepada ibu ku..

Disini aku nak kongsi satu kisah kepada korang... Mungkin ia akan memberikan satu pengajaran yang paling baik untuk setiap orang...

" Zaman skolah dulu aku ni jahat sangat... aku ni kejam... aku ni kurang ajar... Aku geng moto... aku geng jahat... Aku kisah ape.. itu care aku.. aku suke ngan care ni... KOrang tak puas ati korang gi mampus la...

Aku suke lepak malam2 sampai pagi.. pegi sane.. pegi sini.. tgk orang race moto... aku pun race moto.. Aku tak hairan langsung kepada semua.. hahaha... itu lah aku...

Aku tak suke orang sibuk hal aku... nak ambil tahu hal aku... family aku pun ingat aku heran...
Akulah diri aku...

Aku tak suke mak aku asyik tanye aku kemana aku pergi. buat ape. Aku minta ape2pun bagi je la. Yang banyak bising kenape ntah. Aku menyampah gile. Aku suke melawan cakap mak aku. yelah.. asyik kacau aku. Aku penah cakap Woi kat mak aku.. aku penah cakap gile kat mak aku.. Aku sendiri penah tunjuk tumbuk depan mak aku. Aku geram. aku lempias kat mak aku.

Tetapi. Allah itu Maha Adil. Pada suatu hari. Sedang aku bawa moto menuju untuk main hoki. Aku ditimpa eksiden. Tangan aku sebelah kanan patah. Luka di tangan kanan aku ada garisan belah macam kena hiris pisau. Aku sakit. aku berlari menuju ke rumah. Disitulah, seorang ibu memberikan aku nyawa. Dia menjaga aku walaupun aku marah. Walaupun aku meluat. Disitulah, ibuku memberikan cahaya. Aku dijaga macam anak emasnya.

Ketika itu, hatiku pilu. Mengenangkan saat-saat aku menunjukkan tumbukku kepada ibu. Disaat aku melawan cakap ibu. Disaat aku menganggapnya begitu hina sedangkan dia menganggapku seperti harapan.

Setelah sekian lama. Aku diuji lagi oleh tuhan. Aku menempuh lagi kemalangan. Kaki ku sebelah kiri patah. Aku dalam kesakitan. Ketika ibuku mendapat maklumat tentang perkara ini. Ibuku menangis serta merta. Ketika itu, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya seorang ibu menanggung kesedihan. Air mata yang menitik membuat aku jatuh dan lemah. Ibuku menjaga ku dari hari itu. Mengajarku kembali ke jalan yang benar.

Alhamdulillah. Tuhan telah menyelamatkan aku dan memberiku peluang untuk hidup seperti biasa. Selepas kejadian yang besar ini. Hatiku mula sedar. Aku mula mencari ibuku. Seorang yang menjagaku ketika kecil sampai besar. Menanggung keperitan ketika mengandungkan aku. Memberi makan minum, menjaga kesihatan. Tidak pernah mengadu, tidak pernah kecewa. Malah menaruh harapan yang tinggi kepadaku.

Aku sedar. Aku berdoa kepada Allah. Aku mohon agar ibuku diberi kebahagian, kerahmatan dan keredhaanMu ya Allah. Kerana ketika itu, aku tak mampu lagi melihat ibuku nangis. Aku turut akan nangis. Aku tahu tak semua yang masih ada ibu. ada tempat untuk mengadu. Aku bersyukur kerana masih ada. Aku bersyukur kerana Engkau memberikan anugerah terindah buat ku... Iaitu Ibuku.

Sehingga hari ini. Aku tidak lagi melawan cakap ibuku. Malah, aku turut kehendak Ibuku. Kerana syurga itu ditapak kaki ibu. Oh Ibu. Ampunilah daku. Sesungguhnya, aku ini adalah orang yang lemah."

Berdasarkan cerita ini. Aku harap korang semua ambil iktibar. Tak semua Allah bagi petunjuk. Kita tak sedar kadang2 kita melawan cakap ibu. Kita herdik dia. Kita ignore dia. Janganlah. Janganlah berbuat demikian, Kerana kita takkan dapat lagi ibu seperti itu. Jagalah ibu kalian jika masih ada. Sayangilah ibu kalian. Ibu yang mengandungkan kita hanya seorang..!!!

Bahgiakan mereka hingga ke hujung usia.. Hingga sampai waktu ajalnya...



Terima kasih mak. I love U so much. SELAMAT HARI IBU..!!!

Thursday, April 28, 2011

Aku Dan Laksa...!!!


Salam... Hehehehe..
Sekadar nak sambung... Dalam semua list yang gadis piliha
n ku tukan...
Sebenarnya ada satu yang aku lupa... Iaitu...

Kalau nak pass untuk jadi BINI aku... die mesti kena masak LAKSA dulu...
Pastu kalau sedap.. Pass la untuk jadi BINI aku... hehehehe...


LAKSA....
Ape itu Laksa dan ape kene mengena ngan AKU???

Kisahnya bermula...!
!!
Long-long time ago in a far far away galaxy...
Live a family known as Murad Family...
His family was a knight to the royal and an outstanding warrior to the nation...

Tetibe plak.. merapu je...
Laksa ni sebenarnya makanan feveret family aku...

Aku pun tak tau kenapa... Laksa ni macam dah jadi kegilaan family aku...
Bak kata orang... HANTU LAKSA .... Hehehhe.. macam2 kan...
Tp tu la.. pantang mana2 sepupu sepapat buat laksa... mesti kami gi ser
bu...
Makan plak bkannya skit... paling minimum 2 pinggan.... sepupu aku penah tibai laksa sampai 5 pinggan skali makan... gila tui... aku... hehehe.. bleh la tahan...

Laksa ini ada macam2 jenis..

Laksa Penang


Laksa Sarawak

Tu je kut laksa yang pelik... tp Laksa Penang, kedah ngan perlis.. sama ja... beza nya ada yang bubuh telur rebus, nenas dan lain2... hehehe...

AKu teringat aritu.. Makcik aku cakap kat aku... "Sebelum ang nak kawin ngan sapa2... pastikan dia pandai masak laksa.. kalau tak pandai.. suruh dia mai blajaq ngan aku...".. aku angguk je la... kalau tak pandai masak... dia kata tak bleh la jadi menantu Pak Long (Ayah aku la tu)...

Hehehe... Itu la serba skit pasal aku dan laksa.... Bleh la impress my family and me with laksa.. hehehe... Kalau korang wat laksa.. panggil je aku.. kompem aku datang.. hehehehe... Gile laksa punya pasal...




Tuesday, April 19, 2011

Living Green UEM 2011 @ KYUEM

Salam.... Curi masa seketika...
Sebelum aku sambung kisahku part lain...
Saje la nak masuk2 tajuk ni,.. bkan ape.. tempat aku keje skarang tgh sibuk ngan program living green nih... Skarang ni kebanyakan dunia korporat tengah menuju ke arah hijau.. termasuk la company aku... KYUEM menumpang kerja hebat UEM... hehehe..

Mungkin ada setengah yang blur ngan company aku.. takpe.. toksah duk fikir sgt...
Program ni akan berlangsung 23hb April 2011.. dari 11.30 pg sampai 3.30 ptg..
Ada macam2 program.. A&W dan MILO datang.. tak tau la diorg nak wat apa..

So kita straight ke sabtu dan isnin lepas.. aku tinggal kerja pejabat sehari sbb bercucuk tanam...
Jadi pekebun.. pekerja landskap plak... hehehe.. tp kami wat ramai2... UEM punya anak syarikat join tangan untuk program ini... Dari PLU
S, PROPEL, KYUEM, UEM, semua la..






Ni Antara Kepala2 Senior Manager, Bursar aku duk bincang... Sabtu tu berkerbun sambil Hujan..








Ni la lapang tanah yang akan bertukar menjadi DUSUN UEM




Gaya Seorang Pekebun Muda... hehehehe..

Ni Pokok2 Yang Aku Tanam.. Pakai Cangkul Je.. Letih Wo....


Kami Diberi 5 Gazebo... Time ni diorang ngah Syelek bagi menambahkan Cantik... Tunggu la time dah siap nanti...


Poyo Seketika.. Bekerja sambil main hujan,.. hehehe..


Gazebo ni dibawa oleh lori dari Kedah.. Angkut bawa ke Lembah Beringin.. Pastu Forklift tu angkat smpai longkang.. Yang Lain.. Kami La angkat.. Berat Wo..


Nanti aku akan Update lagi program ni.. Hehehe... See U... Tak masuk ofis la aku minggu ni.. Hahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...