The Followers..!!

Sunday, July 10, 2011

Berani ke Tak Ini Adalah Pandanganku

Salam.. Apa yang ingin disampaikan sini adalah mengenai pandanganku.. Tiada kene mengena dengan apa jua keadaan. Aku cakap mengikut pandanganku.. Sesiapa tak suka atau suka ikutlah kepada hati naluri sendiri.

Yup. Blog sana sini tulis benda nih. Paper sana sini tulis benda nih. Macam2 lagi tulis benda nih. Tak lain dan tak bukan "CLEAN" @ "BERSIH 2.0". Ade orang cakap kat aku diorang ni nak jadi CLEAN atau CLEANER. Ada orang cakap kat aku menyusahkan orang sana sini dan macam2..

APa yang aku ingin sampaikan adalah berdasarkan fakta. Mungkin tambahan sikit dari pandangan dan juga pemikiran. BERSIH adalah satu pertubuhan HARAM <- Haram sbb tak didaftarkan menjadi Halal. Kalau diorang hantar permohonan pun kompem tak lulus.

BERSIH adalah satu pertubuhan gabungan NGO yang inginkan pilihanraya yang telus dan penuh integriti. Tiada penipuan dan sebagainya. BERSIH menuntut agar Suruhanjaya Pilihanraya mengadakan pilihanraya Umum dengan lebih baik dan efektif. Setahu aku untuk kali ini mereka mempunyai 8 tuntutan, ada yang logik dan ada juga yang tidak logik tp tak mustahil.

Setelah lama mereka menuntut dari SPR, tetapi SPR tidak dapat menjawab kesemua tuntutan mereka kerana ia Pro Kerajaan <- Kata seorang Academician. Oleh itu, BERSIH cuba untuk menggunakan cara yang lain iaitu Mendemonstrasi bagi menunjukkan sokongan Rakyat terhadap Intergriti.

PARA CENDIAKAWAN & HEBAT VS KERAJAAN + POLIS

BERSIH ini diketuai oleh Ambiga iaitu bekas Ahli Peguam Negara. Bersih juga didokongi oleh Para Akademik, Para Cendiakawan dan juga Orang2 Hebat. Kenapa??? Mengapa??? Kerana mereka sudah bosan dengan Suasana Politik Malaysia yang penuh helah dan tiada amanah..

Akan tetapi, MALAYSIA adalah merupakan negara yang paling aman, harmoni dan selamat. Setelah sekian lama Malaysia telah mengekalkan suasana itu. Kenapa dan mengapa ia perlu diadakan demonstrasi??? Aku pernah dengar bahawa "tak larat dah BERSIH duk kejar SPR.. Depa wat dunno ja.. Bukan kami tak wat secara baik. Dah wat tp depa bolayan. La ni kami wat la cara Demonstrasi. Bkan kami nak guling kerajaan macam Mesir, cuma nak menunjukkan semangat menyokong keadilan.

Kejadian demonstrasi BERSIH pada sabtu tempoh hari telah menyebabkan kesesakan yang terlampau. Menyusahkan semua orang. Kedai habih tutup. Dan Ekonomi Malaysia jatuh buat seketika. Inilah akibat dari perbuatan Demonstrasi. Yang sesak sampai ke Shah Alam dan Tempat lain bkannya apa. Polis yang wat Road block. Tu je.

Aku rasa agak OK tuntutan BERSIH dalam mencari Keadilan. Cumanya kalau bleh takyah la wat sampai menyusahkan orang ramai. Seteruk2 mana pun kita adalah negara Demokrasi. Kita masih ada pelbagai cara. Ingatlah wahai orang2 hebat. Tak perlu Demonstrasi. Cari cara lain. Cara Keadilan melalui cara lain. Kita adalah negara membangun. Kita adalah serumpun. Kita adalah 1 Malaysia..

Dan.. Minta maaf Polis dan Kerajaan. Saya bukan nak menunjukkan kesalahan kamu. Tp setelah difikirkan dan dibicarakan oleh para cendiakawan. Saya mendapati yang menjadikan BERSIH 2.0 ni hebat adalah KERAJAAN DAN POLIS SENDIRI. Kerana apa??? Kerana desakan melalui media massa. melaui pelbagai Corong dan lorong untuk menunjukkan BERSIH ini kotor. Kononnya ada molotov Cocktail la parang la.. Asal tangkap mesti ada parang.. Come on la.. Korang yang telah MEMPROVOKASIKAN BERSIH kepada masyarakat menunjukkan Rakyat lagi menyampah..

AKU ADALAH MANUSIA... AKU MENYOKONG DASAR-DASAR MURNI KERAJAAN dan aku menyokong sepenuhnya KERAJAAN dalam menjadikan negara membangun seiring dengan negara-negara maju dengan Menjadikan semua sektor dalam negara hebat.. Syabas MALAYSIA.. SYABAS BARISAN NASIONAL DAN SYABAS UMNO...

Aku adalah penyokong Kuat UMNO.. Bkan penyokong pembangkang.. Maaf kalau buat korang keliru. Aku terus terang.. AKU SOKONG UMNO atas DASAR PERJUANGANNYA yang inginkan Melayu di tahap yang hebat dan seiring dengan semua bangsa. Aku sokong UMNO kerana DASARNYA menjaga kebajikan serta kekuatan bangsa Melayu. Aku menyokong UMNO kerana DASARNYA dalam Mempertahankan Agama Islam sebagai AGAMA RASMI PERSEKUTUAN dan juga aku meyokong UMNO kerana DASARNYA mendaulatkan YANG DIPERTUAN AGONG sebagai Ketua NEGARA.

Aku boldkan DASAR kerana atas DASAR. Bukan aku sokong UMNO kerana politiknya. Bukan Kerana wangnya. Bukan kerana dasar kekeluargaan. Bukan kerana Kuasa miliknya. Bukan kerana harta dan pangkat.

Aku ada berbincang dengan rakan-rakan lepasan graduan universiti. Yang dah mendaftar sebagai pengundi sepertiku. Kami blur. Sbb. Siapa perlu kami mengundi??? Kalau nak sokong kerajaan, kami taknak sokong duit, rasuah, penipuan dan kekurangan integriti yang ada. Kalau nak sokong pembangkang, adakah Kerajaan baru mampu menjadi seperti Kerajaan Sekarang yang Hebat.. ataupun takkan kami nak menyerah Maruah MELAYU kalau undi pembangkang. RAMAI MAHASISWA KELIRU..

walaubagaimanapun. Ingin sekali aku menyatakan bahawa ini cuma pandanganku. Fakta sedikit. Pandangan dan pemikiranku yang banyak. Jangan Tangkap aku ye. Cuma kata2 aku sahaja.

AKU PENYOKONG PERJUANGAN UMNO TETAPI DIATAS PAGAR KETIKA MENGUNDI

Sekian. Terima KAsih...

Friday, July 8, 2011

Program Santai OC 2011 di Genting Highland

Assalamualaikum kepada semua umat Islam dan salam sejahtera kepada bukan Islam...

Tajuk kami pada hari ini adalah mengenai Program Santai OC 2011..
Program ni bertarikh 1-3 July 2011 bertempat di GENTING HIGHLAND....

Bagi aku yang ke 9 kali jadi OC.. ini adalah merupakan program bercuti kali ke 2 Untuk geng2 OC..
1st time dulu kami wat kat Langkawi.. Time tu aku baru part 5 degree account.. tahun 2009...

So, pada kali ini.. Atas inisiatif boring tak tau nak wat apa.. Aku menganjurkan satu Program untuk OC iaitu PROGRAM SANTAI OC 2011. Pada mulanya aku blur nak wat kat mana.. Tp dengan dorangan dan iringan Shezrin Hawani Hamzah, dia mencadangkan Genting... Maka dengan itu terjadi la...

Tarikh asal Program ini adalah pada 23 -25 Jun 2011... Tp disebabkan Hotel penuh akibat Singapore masih cuti skolah, maka dengan itu, Pihak penganjur terpaksa menukarkan tarikh tersebut kepada 1- 3 July. Pertukaran tarikh tersebut telah mengakibatkan beberapa rakan baik tak dapat ikut serta. Sedih sgt2... Apa bleh buat..

Pelbagai halangan dan rintangan dihadapi dalam menjadikan Program ini satu realiti iaitu seperti tarik menarik peserta.. Kejap nak join.. Kejap tak nak join.. Begitu juga dengan peserta yang dah bayar tp tak leh masuk dan juga peserta yg nak join tak bayar... Macam2 la.. tp dengan tawakal dan juga teguh.. Akhirnya semua nya Menjadi...

Antara Peserta yang mengikuti Program tersebut adalah seperti Berikut :
1. Rasyaik 2. Yin Sherini 3. Wawa 4. Mimi 5. Heri 6. Tok Wan 7. Maziah 8. Fitri 9. Anis 10. Afiq 11. Taufiq 12. Atikah 13. Tima 14. Nora 15. Zaeen 16. Ashikin 17. Elanie 18. Dila 19. Liyana Radzi 20. Liyana Saffie 21. Ziera 22. Atikah Rane 23. Mazlin 24.Cik By 25. Najwa 26. Halim 27. Eg 28. Airul 29. Hanis 30. Karipap 31. Andy 32. Mar 33. Syuk 34. Jawe 35. Syaza.....

Ni semua OC yang serta la.. Tp ada juga bukan OC yang join...
1. Aimi 2. Ira 3. Omar 4. Mun 5. Naddia 6. Ariffah 7. Fazlin 8. Syafiqa 9. Hidayah 10. Nabila 11. Reihana 12.Qila 13. Asma 14. Afnizan 15. Shuhada. 16. Aslah 17. Fairuz 18. Munira

Jumlah semua adalah lebih kurang 53 Orang.. Hehehe... Ramai tak kami.. Best Kan...
Enjoy la da Pict Plak..


Untuk Semua






Kami Di Bus Stand Genting pukul 1++ Pagi


Kononnya Bdak ACCOUNT je la... Tapi dah teramai Join..




Aku Dan Karipap. - Konon Membeli Belah

Aku tak tau la sapa yang ambil gambo aku nih..
Tgk kat tempat lain.. Kamera kat tempat lain

The Organizer...


Ada sorang lagi mamat yang uruskan Bas.. apa2 pun kredit to him gak la.. En Safuan Nizam.. yang telah membantu mendapatkan bas dengan harga yang paling murah...

Tp tu la.. Bas ni ada gak yang tak bestnya... Dijanjikan nak naik sampai atas.. Tp hari kejadian.. dia tak brani bawa.. Dia cuma mampu bawa sampai Cable Car Station.. Kami pun balun jela... Terima seadanya... Takkan nak paksa orang yg tak brani bawa.. Takkan kami nak membahayakan diri kami..

So, Kami Naik Awana Kereta Kebal.. eh.. Awana Cable Car pastu balik ngan Genting Skyway... At least kami dapat Merasa nikmat kedua-duanya Skali.. Hehehe.. Syabas..!!!

Ape2 pun untuk masa akan datang.. Aku merancang untuk pergi ke Terengganu plak.. Nak gi holiday kat Pulau.. Leh wat Snorkelling.. Best la skit.. Hehehe.. Lagipun dah lame tak wat.. hehehe.. Okey pe.. Tgk La.. Ape2pun Jumpa Lagi All OC..!!!!

Wednesday, July 6, 2011

Design Baru

Salam... Hehehe...

Sebenarnya takde la keje sangat.. saje la..
Keletihan balikd ari genting masih terasa (Padahal sronok nak mampus)

Nanti la aku cite pasal genting nih...

Aku nak cite kat sini pasal aku dah update design.. Saje la takde keje.. jeles ngan blog orang lain (ngaku lebih baik dari tipu).. hehehe... Take a look around and tell me whether this blog is okay or not... hehehehe...

Thanks..!!!

Wednesday, June 15, 2011

Selamat Hari Jadi Ibuku..!!


Assalamualaikum...
Salam Hormat.. Salam Sejahtera... Dan Salam Satu Malaysia...

Terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca tetap yang masih setia menanti coretan blog ni yang ntah apa2. Di masa yang sama... Terima kasih kerana menanti blog ini untuk dikemaskini.. Walaupun tau jarang dikemaskinikan oleh faktor kerja yang menukar masa percuma saya...

Tajuk yang dibincangkan pada hari ini adalah mengenai ulang tahun kelahiran seorang pejuang yang di sayangi, di cintai dan amat dihormati oleh saya iaitu Ibu saya Kasmah Bt Ahmad. Disini saya ingin menyampaikan sedikit nukilan sajak buat ibuku tercinta..

Ibuku...
Seorang Pejuang Yang Datang Dari Pulau Pinang..
Pejuang yang sanggup mengorbankan apa saja untuk anaknya..
Memberikan kebahagiaan kepada anak-anaknya tanpa mengira penat lelah..
Mendoakan keredhaan dari Allah untuk anak-anaknya..

Ibuku...
Namamu Kasmah cukup indah...
Dipenuhi keindahan bunga dan mentari...
Menyinari saat-saat dan detik waktuku..
Dalam menjadikan anaknya seorang pejuang...

Ibuku...
Pengorbananmu dalam hidup...
Tiada ternilai untuk ku balaskan..
Tiada rupa secantik sepertimu...
Tiada apa yg mampu menggantimu..

Ibuku...
Aku bersyukur kehadrat Ilahi...
Diatas pemberianNya kepadaku...
Aku juga berterima kasih kepadamu Ya Allah...
Diatas pemberian keluarga harmoni buatku..

Ibuku...
Yang telah menjagaku dari kecil hingga hari ini..
Yang sentiasa mendoakan kejayaan ku...
Yang selalu memberi nasihat kepadaku...
Yang selalu berada denganku ketika senang dan susahku...

Ibuku...
Aku menangis tatkala aku mengingatimu..
Aku bersalah diatas kenakalanku...
Aku berdosa diatas perbuatanku...
Aku selalu menyakitimu...

Ibuku...
Maafkan segala kesalahanku...
Yang telah memporak perandakan hidupmu..
Yang telah membuat kau menangis..
Yang telah membuat kau bersedih...

Ibuku...
Aku berdoa kepada Allah...
Agar engkau dan keluarga kita diredhaiNya..
Agar engkau berbahagia sentiasa..
Agar engkau gembira disampingku..

Ibuku..
Sempena dengan hari kelahiranmu...
Inginku berikan seribu senyuman...
Inginku berikan seribu kebahagiaan..
Semoga engkau berbahagia selalu...
Segala pencapaianku ini.. Aku Hadiahkan untukmu Ibuku..

KERANA ENGKAULAH IBUKU YANG KUCINTAI DAN KUSANJUNGI..

Sekian.. Terima Kasih..

SESUNGGUHNYA... SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU..


Tuesday, June 7, 2011

Kem OC di Wang Burma 2011


Salam..
Gud Morning (sapa baca waktu pagi)
Gud Afternoon (sapa baca waktu tengahari)
Gud Evening (sapa baca waktu petang dan malam)


Huhuhuh.. Aku ni lambat skit update... So ini adalah ruangan sambungan untuk Kem OC di Wang Burma 2011.. Kem ni wat kat Wang Burma, Taman Negeri Perlis. Kat wang kelian je. Jarak dari UiTM Perlis lebih kurang 50km gak la...

Sebenarnya.. program ni wat time aku konvo. Aku menumpang sekali la kem tu.. Bkan wat apa pun.. tp bersama ngan geng2 OC.. Nak wat camna.. semangat OC tu masih kuat.. Takda sapa pun leh ganti semangat nih. Berkobar-kobar tu...

Kem ni adalah satu tujuan iaitu mencapai kesatuan ummah sewaktu bekerja. Biar apa jua halangan menimpa. OC mesti bersatu. "Biarla kisah lama menjadi sempadan. Biar kisah baru menjadi sasaran."

Tgk la sedikit sebanyak gambar2 aku kat kem..!!



Barisan YDP MPP 3 Zaman. Sapa paling cerah???

Ni la semua peserta + AJK Kursus Wang Burma



Geng2 Akaun + Artis tak dijemput Dalam gambar

Muke Mengantuk giler.. Hahahaha..

Ni gambar Semua Peserta Yang Terlibat

Gambar Barisan Fasilitator yang membantu kursus ni


Gambar AJK + Peserta. hehehe.. Sampingan Jer


Program kami wat adalah 3 hari dan 2 malam... Tak silap aku.. blur... Antara aktiviti kat sana... adalah masuk gua wang burma.. survival.. bersama JPAM.. malam kebudayaan dan juga night walk.. simple jew tp bermakna... Sbb kita nak banyak masukkan ilmu dan semangat dari aktiviti yang banyak tp kosong...

Kira ok la... Kalau ikut kire nak je jadi OC lagi untuk kali yang ke 10. Tp rezeki takde.. Hanya dapat mengekalkan untuk ke 9 sahaja.. Hmmm.. Kenangan tetap kenangan... Takde sape leh ganti kenangan ni.. Huhuhu... Ape2pun... Minggu MDS dah berlalu.. dan diorang dah berjaya sejayanya.. mengikut jejak langkah senior...

Semoga diorang akan terus berjaya hingga ke akhir hayat...

OC TERBAEK...!!!


Saturday, May 21, 2011

Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)


Salam..
Gud Morning (sapa baca waktu pagi)
Gud Afternoon (sapa baca waktu tengahari)
Gud Evening (sapa baca waktu petang dan malam)

Pe kabo semua.. kembali aku pada hari ini... setelah seming
gu bercuti di UiTM Perlis bagi meraikan Majlis Konvokesyenku yang kali kedua.. (Pertama time diploma)...


Alhamdulillah... after 2 and half years.. i have made it... Susah payah... penat lelah... sakit badan.. sakit keringat.. sakit otak, mental, emosi dan macam2 dalam
mencapai title degree holder...


It is not an easy task.. but by hook or by crook... i have made it... Dulu.. time lepas result SPM... aku tak penah terfikir nak dapat ijazah ni pun.. Ijajah pun bum tentu.. tp ni la ketentuan Allah... Akhirnya dapat gak...

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang banyak membantu menyiapkan assignment.. study same2... dan macam2 lagi.. korang la pemberi semangat kepadaku... Thanks everyone...
Not to forget my lecturers... Their given me their knowledge, help, guide me... aah... i dont know how to 'balas' them for all the things they given to me... Appreciate sgt... hehehe...

Not to forget... my love... Abah and Mak... yg bersusah payah memberi semangat..
didikan awal yang cukup bermakna...!! Thanks all..!! I have achieved beyond my imagination...

Terkezut gak.. dapat result keseluruhan CGPA 3.66... tak sangka dapat First Class..!! huhu.. macam nak nangis... walaupun tak dapat ANC sbb last sem dapat 3.47.. (Skit je lagi)... tp still syukur.. Allah tahu apa baik buruknya.. Terima sahaja...



Bagi adik2ku yang masih berjuang... Teruskan semangatmu.. jangan putus asa.. ingat harapan Ibu bapa, Saudara mara, Rakan, Guru dan semua.. Aku pun bkan org pandai... dapat SPM 3A ja pun.. tp berkat usaha la yang merubah cara hidupku..!! thanks everyone...!!

Aku bersama Ayahku






Bersama Ibuku dan Kakakku..







Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu...!!

Salam... Ape kabor semua....

Hmmm... Pada pagi kelmarin... Sedang tgk tv sebelum gi kerja... Tgk Tv3. MHI...
Tajuknye Hari Ibu.... Aku tetibe sebak... Sedih... Dan Rasa rindu kepada ibu ku..

Disini aku nak kongsi satu kisah kepada korang... Mungkin ia akan memberikan satu pengajaran yang paling baik untuk setiap orang...

" Zaman skolah dulu aku ni jahat sangat... aku ni kejam... aku ni kurang ajar... Aku geng moto... aku geng jahat... Aku kisah ape.. itu care aku.. aku suke ngan care ni... KOrang tak puas ati korang gi mampus la...

Aku suke lepak malam2 sampai pagi.. pegi sane.. pegi sini.. tgk orang race moto... aku pun race moto.. Aku tak hairan langsung kepada semua.. hahaha... itu lah aku...

Aku tak suke orang sibuk hal aku... nak ambil tahu hal aku... family aku pun ingat aku heran...
Akulah diri aku...

Aku tak suke mak aku asyik tanye aku kemana aku pergi. buat ape. Aku minta ape2pun bagi je la. Yang banyak bising kenape ntah. Aku menyampah gile. Aku suke melawan cakap mak aku. yelah.. asyik kacau aku. Aku penah cakap Woi kat mak aku.. aku penah cakap gile kat mak aku.. Aku sendiri penah tunjuk tumbuk depan mak aku. Aku geram. aku lempias kat mak aku.

Tetapi. Allah itu Maha Adil. Pada suatu hari. Sedang aku bawa moto menuju untuk main hoki. Aku ditimpa eksiden. Tangan aku sebelah kanan patah. Luka di tangan kanan aku ada garisan belah macam kena hiris pisau. Aku sakit. aku berlari menuju ke rumah. Disitulah, seorang ibu memberikan aku nyawa. Dia menjaga aku walaupun aku marah. Walaupun aku meluat. Disitulah, ibuku memberikan cahaya. Aku dijaga macam anak emasnya.

Ketika itu, hatiku pilu. Mengenangkan saat-saat aku menunjukkan tumbukku kepada ibu. Disaat aku melawan cakap ibu. Disaat aku menganggapnya begitu hina sedangkan dia menganggapku seperti harapan.

Setelah sekian lama. Aku diuji lagi oleh tuhan. Aku menempuh lagi kemalangan. Kaki ku sebelah kiri patah. Aku dalam kesakitan. Ketika ibuku mendapat maklumat tentang perkara ini. Ibuku menangis serta merta. Ketika itu, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya seorang ibu menanggung kesedihan. Air mata yang menitik membuat aku jatuh dan lemah. Ibuku menjaga ku dari hari itu. Mengajarku kembali ke jalan yang benar.

Alhamdulillah. Tuhan telah menyelamatkan aku dan memberiku peluang untuk hidup seperti biasa. Selepas kejadian yang besar ini. Hatiku mula sedar. Aku mula mencari ibuku. Seorang yang menjagaku ketika kecil sampai besar. Menanggung keperitan ketika mengandungkan aku. Memberi makan minum, menjaga kesihatan. Tidak pernah mengadu, tidak pernah kecewa. Malah menaruh harapan yang tinggi kepadaku.

Aku sedar. Aku berdoa kepada Allah. Aku mohon agar ibuku diberi kebahagian, kerahmatan dan keredhaanMu ya Allah. Kerana ketika itu, aku tak mampu lagi melihat ibuku nangis. Aku turut akan nangis. Aku tahu tak semua yang masih ada ibu. ada tempat untuk mengadu. Aku bersyukur kerana masih ada. Aku bersyukur kerana Engkau memberikan anugerah terindah buat ku... Iaitu Ibuku.

Sehingga hari ini. Aku tidak lagi melawan cakap ibuku. Malah, aku turut kehendak Ibuku. Kerana syurga itu ditapak kaki ibu. Oh Ibu. Ampunilah daku. Sesungguhnya, aku ini adalah orang yang lemah."

Berdasarkan cerita ini. Aku harap korang semua ambil iktibar. Tak semua Allah bagi petunjuk. Kita tak sedar kadang2 kita melawan cakap ibu. Kita herdik dia. Kita ignore dia. Janganlah. Janganlah berbuat demikian, Kerana kita takkan dapat lagi ibu seperti itu. Jagalah ibu kalian jika masih ada. Sayangilah ibu kalian. Ibu yang mengandungkan kita hanya seorang..!!!

Bahgiakan mereka hingga ke hujung usia.. Hingga sampai waktu ajalnya...



Terima kasih mak. I love U so much. SELAMAT HARI IBU..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...